Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an kebersihan premis galak penyediaan makanan bersih

-

BINTULU: Pertanding­an Kebersihan Premis Makanan landasan terbaik menggalakk­an budaya penyediaan makanan secara bersih dan sihat dalam kalangan pengusaha.

Pengurus Besar ( Khidmat Alam Sekitar) Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Wan Ibrahim Wan Ali berkata pertanding­an itu menjadi pendekatan proaktif BDA mendekati pengusaha kedai kopi di sini agar menjaga kebersihan premis masingmasi­ng.

“Pertanding­an ini turut mendapat kerjasama Kelab Rotary Bintulu dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Bintulu, berupaya menjadikan setiap kedai kopi di sini mencapai tahap kebersihan terbaik,” katanya pada pelancaran Pertanding­an Kebersihan Premis Makanan 2017/2018 di sini semalam.

Beliau berharap pengusaha kedai kopi sentiasa memandang berat aspek kebersihan premis kerana penilaian dilakukan mengambil kira beberapa kriteria.

Wan Ibrahim turut menasihati pemilik premis makanan di sini sentiasa menjaga kebersihan sistem perparitan dengan tidak membuang sisa minyak serta sisa makanan ke dalam parit.

“Ini memastikan parit tidak tersumbat dan mengelak wabak penyakit terutama pembiakan tikus, nyamuk dan lipas di tempat yang kotor,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Teknologi Makanan KKM Sylvester William Silan berkata sebanyak 22 premis makanan sekitar Bintulu diarah tutup kerana didapati terlalu kotor serta tidak mempraktik­kan penyediaan makanan bersih.

“Statistik ini merupakan premis makanan diarah tutup dari awal tahun ini sehingga November ini,” katanya.

Jelasnya, KKM mengarahka­n premis makanan tersebut ditutup selama 14 hari bagi membolehka­n setiap pemilik membersihk­an premis masing-masing.

Hadir sama Presiden Kelab Rotary Bintulu Lee Lei Kiak serta ahli jawatankua­sa pertanding­an kebersihan.

 ??  ?? UNTUK DIMENANGI: Wan Ibrahim ( lima kanan) dan Lee bersama jawatankua­sa penganjur pertanding­an menunjukka­n piala-piala yang bakal jadi rebutan.
UNTUK DIMENANGI: Wan Ibrahim ( lima kanan) dan Lee bersama jawatankua­sa penganjur pertanding­an menunjukka­n piala-piala yang bakal jadi rebutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia