Utusan Borneo (Sarawak)

PKR sokong perhimpuna­n tanah NCR pada 13 November

-

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak Belayong Nyuak berkata Jabatan Perikanan akan membantu pengusaha dan nelayan untuk memasarkan sate tuna.

“LKIM memberi bantuan Sibuti dan dihadiri Pegawai Jabatan Perikanan Kawasan III Buniaman Kiprawi.

Belayong berkata, pihaknya bangga dengan pengeluara­n produk baharu berasaskan ikan yang dapat menambah pendapatan nelayan ke pasaran lebih luas.

Katanya LKIM menyediaka­n latihan, mempromosi serta bantuan berkaitan kepada peserta yang komited memasarkan produk baharu ke pasaran tempatan.

“Kita sangat gembira dengan produk sate tuna yang lengkap diproses, dibung- kus serta sedia untuk bersaing dalam industri makanan di sini,” jelasnya.

Menurutnya, sebagai contoh nelayan di Belawai mengeluark­an produk sendiri iaitu udang sesar turut mendapat pemintaan dalam pasaran tempatan.

Sementara itu, pemilik Rosfaniaga Services Sdn Bhd Fatimah Abdul Hamid berterima kasih kepada LKIM kerana membantu mengetenga­hkan produk sate tuna.

“Kami memainkan peranan dalam penyediaan, pembungkus­an dan penghantar­an sate tuna ke pasaran seluruh Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia jika terdapat permintaan tinggi,” katanya.

Kursus itu memberi pengetahua­n kepada peserta memproses ikan tuna menjadi sate selain kaedah betul dalam proses pembungkus­an. KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong perhimpuna­n tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) pada 13 November ini yang mencermink­an kekecewaan dan kemarahan rakyat.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam satu kenyataan semalam turut melahirkan penghargaa­n kepada polis kerana memberi kebenaran untuk menganjurk­an perhimpuna­n itu, selari dengan peruntukan dalam undangunda­ng.

Katanya PKR menyokong perhimpuna­n dan menghargai usaha Setiausaha Agung Persatuan Dayak Iban Sarawak ( SADIA) Nicholas Mujah dan bekas Timbalan Presiden Nicholas Bawin kerana menganjurk­an perhimpuna­n tersebut.

“Kita yakin penganjur-penganjur adalah orang bertanggun­gjawab dan perhimpuna­n ini akan berjalan dengan aman,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Perhimpuna­n itu difahamkan akan diadakan di dua tempat di pekarangan Dewan Undangan Negeri Lama/ Kompleks Mahkamah Kuching di Petra Jaya dan Tebingan Kuching/Bangunan Mahkamah Lama.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata, perhimpuna­n itu mencermink­an semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu kian menyedari isuisu NCR dan masalah membabitka­n Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang membelengg­u masyarakat peribumi Sarawak susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n dalam kes baru-baru ini.

Kekecewaan rakyat terhadap isu itu boleh difahami katanya, kerana ia melibatkan sesuatu yang amat penting dan ancaman kehilangan tanah membangkit­kan sentimen kuat kerana tanah adalah kehidupan mereka.

“Perhimpuna­n awam yang dicadangka­n adalah refleksi kekecewaan dan kemarahan masyarakat eribumi bahawa mahkamah dan kerajaan kerana seolah-olah mencabul hak mereka.

“Keengganan mengiktira­f Pemakai Menoa dan Pulau Galau seolah- olah mengkhiana­ti penduduk asal oleh mereka yang tidak memahami, atau memilih untuk tidak mempedulik­an adat dan budaya tradisi masyarakat asal yang sudah lama diamalkan dan diiktiraf,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia