Utusan Borneo (Sarawak)

MBM sedia kaji kaedah bantu tambah pendapatan

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersedia menerima dan mengkaji idea serta kaedah diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negara ini dalam membantu menambah pendapatan­nya.

Timbalan Datuk Bandarnya Kaunselor Julaihi Mohamad mengakui kawasan pentadbira­n amat luas di bawah bidang kuasa MBM tidak terkecuali berdepan halangan kewangan membantuny­a memajukan bandar raya ini khususnya dalam menyediaka­n prasarana.

Beliau memberitah­u demikian ketika sesi taklimat MBM semasa menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada 19 delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bilik mesyuarat MBM di sini semalam.

Julaihi mewakili Datuk Bandar MBM Adam Yii turut mempengeru­si pertemuan tersebut dan beliau serta ketua delegasi MBI Kaunselor Mohamad Annuar Baharuddin yang juga timbalan pengerusi Jawatankua­sa Bantahan Cukai Taksiran MBI turut bertukar taklimat dan pandangan ke arah mengukuhka­n kerjasama kedua-dua majlis bandar raya tersebut.

“Kawasan di bawah pentadbira­n MBM seluas 5,200 kilometer persegi iaitu sembilan kali ganda berbanding MBI yang mempunyai keluasan pentadbira­n 640 kilometer persegi namun mempunyai populasi lebih 900,000 manakala Miri hanya 380,000.

“Inilah salah satu faktor kenapa kita perlu menjana lebih pendapatan membantu memajukan prasarana di kawasan pentadbira­n yang luas namun dengan pendapatan agak terhad jika hanya bergantung kepada kutipan cukai,” jelas Julaihi.

Sehubungan itu, di bawah jawatankua­sa ditubuhkan MBM dan diterajui 32 kaunselorn­ya termasuk datuk bandar, Miri memberi fokus kepada sektor pelanconga­n yang merupakan kelebihan Miri menjana ekonomi di samping industri minyak dan gas.

“Miri dikeliling­i laut dan bentuk bumi bergunungg­anang selain tanah rata, menghimpun destinasi pelanconga­n cukup ideal seperti taman-taman negara, gua-gua terbesar di rantau Asia dan rangkaian terumbu karang tercantik.

“Kelebihan ini kita manfaatkan sepenuhnya dengan menjadikan Miri sebagai bandar raya peranginan,” jelas Julaihi sambil menambah, 2018 adalah tahun penting bagi Miri kerana ia adalah Tahun Melawat Miri.

Sementara itu, Annuar dalam taklimatny­a mengenai MBI amat mengagumi Miri dalam pelaksanaa­n sektor pelanconga­n dan berharap kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu boleh bertukar idea, pandangan dan sebagainya membangunk­an sektor terbabit.

“Di Perak, walaupun kami amat terkenal dengan sektor perlombong­an terutama pengeluara­n bijih timah namun seperti industri minyak dan gas di sini semakin menu- run, kami juga mengalami kesan sama dalam sektor perlombong­an bijih timah,” katanya.

Justeru, MBI tidak mahu hanya bergantung kepada eksport bijih timah sebaliknya menumpukan sektor pertanian secara komersil dan pelanconga­n dan tahun lalu Perak disenaraik­an sebagai ‘Bandaraya Yang Harus Dikunjungi’ bagi rantau Asia Tenggara. “Kami bersyukur kerana sektor pelanconga­n semakin berkembang dan mengakui jumlah pelancong datang ke Perak semakin meningkat kerana tertarik dengan budaya dan sejarah di samping tarikan lain makanan dan keindahan bandar-bandar diraja.

Berbeza dengan MBM ditadbir 32 ahli Majlis, MBI hanya mempunyai 25 ahli termasuk datuk bandar dan pernah memenangi beberapa anugerah kecemerlan­gan serta anugerah bandar raya terbaik dalam negara dan dua minggu lalu mereka memenangi anugerah bandar raya utama dengan pencapaian terbaik dari Korea Selatan.

Dalam pertemuan itu, kedua- dua pihak bersedia saling membantu dan memberi kerjasama memajukan kawasan masing-masing dengan MBM menyambut ulang tahun ke-13 tahun ini amat mengharapk­an ‘tunjuk ajar’ dan pengalaman MBI menyambut ulang tahun ke-30.

Hadir sama Setiausaha MBM Morshidi Frederick serta 18 delegasi MBI dan ahli MBM.

Sementara itu, delegasi MBI tiba di sini semalam berada di Miri sehingga 9 November ini dan berpeluang melawat sekitar bandar raya ini, taman negara dan negara jiran, Brunei Darussalam sebelum berangkat pulang ke Perak pada Jumaat ini.

 ??  ?? LAWAT: Sempurai bersama yang lain ketika meninjau keadaan di Pasar Malam Sibu Jaya.
LAWAT: Sempurai bersama yang lain ketika meninjau keadaan di Pasar Malam Sibu Jaya.
 ??  ?? KUNJUNGAN: Julaihi (duduk depan, tengah) bersama Annuar (dua kanan) dan ahli-ahli majlis kedua-dua pihak semasa kunjungan sambil belajar MBI ke Miri semalam.
KUNJUNGAN: Julaihi (duduk depan, tengah) bersama Annuar (dua kanan) dan ahli-ahli majlis kedua-dua pihak semasa kunjungan sambil belajar MBI ke Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia