Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha kedai kopi dilarang letak meja di tempat parkir

-

SIBU: Pengusaha kedai kopi di Sibu Jaya diingatkan agar tidak meletakkan meja dan kerusi di tempat parkir berhampira­n tapak Pasar Malam Sibu Jaya.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata tindakan itu menunjukka­n perlanggar­an peraturan oleh pengusaha kedai kopi.

“Tempat parkir adalah untuk kegunaan orang ramai hendak berkunjung ke Pasar Malam Sibu Jaya,” katanya di sini semalam.

Menurut Sempurai, beliau memaklumka­n perkara itu kepada pegawai penguat kuasa MDLBS bagi mengambil tindakan terhadap pengusaha kedai kopi terbabit.

“Kita memerlukan sedikit masa mendidik orang ramai termasuk peniaga memandangk­an pasar malam itu baharu bermula.

“MDLBS menasihati semua terutama pengusaha kedai makan agar mematuhi peraturan atau berdepan tindakan,” jelasnya.

Menyentuh mengenai pasar malam itu, Sempurai berkata pihaknya mengubah keadaan di situ menjadi lebih meriah terutama pada waktu malam.

Sebelum ini, keadaan di situ sunyi pada waktu malam namun kini bertukar meriah dengan aktiviti serta orang ramai datang berkunjung.

“Pasar malam ini menjadi tarikan baharu di Sibu Jaya dan membantu Bandar Baharu Sibu Jaya terus berkembang,” katanya.

Pasar Malam Sibu Jaya menempatka­n lebih kurang 100 gerai menjual pelbagai barang, makanan dan minuman.

Pasar malam ini beroperasi dari jam 4 petang hingga 11 malam bermula Jumaat hingga Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia