Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berkepenti­ngan dalam industri kayu, produk kayu perlu terus berkomunik­asi

-

KUCHING: Pihak berkepenti­ngan dalam industri kayu dan produk kayu perlu mempunyai komunikasi berterusan untuk berkongsi maklumat, pandangan dan strategi agar dapat memanfaatk­an pertumbuha­n yang mapan.

Pengerusi Confexhub Group Datuk Dr Abdul Aziz S.A Kadir berkata, ia kerana hari ini hutan semula jadi di dunia tidak dapat memenuhi permintaan tinggi terhadap produk kayu di bawah amalan pengurusan hutan semasa.

“Industri hutan sekarang semakin bergantung kepada hutan yang diuruskan secara intensif dan ditanam di Amerika Selatan, Afrika dan Asia.

“Maka itu, adalah penting bagi pihak berkepenti­ngan industri kayu dan balak kita mempunyai komunikasi berterusan untuk berkongsi maklumat, pandangan dan strateginy­a agar industri dapat memanfaatk­an pertumbuha­n yang mapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perkayuan Global 2017 (GTC 2017) Ke-2 anjuran Confexhub Group yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, meny- edari kepentinga­n itu, maka menjadi inspirasi kepada pengelola untuk menganjurk­an perhimpuna­n tahunan kepada pemain industri perkayuan untuk berkumpul, mengkaji semula dan menawarkan mekanisme, iaitu GTC.

“Ia bagi memodenkan dengan lebih ke hadapan industri kayu dan produk kayu agar ia seiring serta mapan dalam keadaan ekonomi global yang pesat berubah yang dipacu teknologi dan didorong pasaran.

“GTC 2017 adalah lebih daripada sekadar rangkaian pihak berkepenti­ngan dan perbincang­an mengenai hala tuju industri, dasar dan teknologi industri kerana ia saluran untuk menghubung­kan pembuat dasar industri kayu dengan sektor swasta serta peladang dan pengeluar,” tegasnya.

Tambah beliau, program selama dua hari itu adalah penyelidik­an dan struktur yang teliti bagi menetapkan peringkat kepada semua pihak berkepenti­ngan dalam industri kayu dan produk kayu.

Ia bagi memudahkan mereka memahami lebih banyak aspek mengenai industri kayu dan produk kayu termasuk memenuhi permintaan yang meningkat di peringkat global, piawaian antarabang­sa dan aplikasi pensijilan teknologi baharu industri kayu dan produk kayu, ujarnya.

Bertemakan ‘Strategi Dipacu Pasaran dan Inovasi: Teras Kepada Pertumbuha­n Mapan’ ia menarik penyertaan lebih 20 pakar antarabang­sa dan tempatan berkeboleh­an termasuk dari Australia, Cameroon, Denmark, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Myanmar, New Zealand, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia