Utusan Borneo (Sarawak)

Pensijilan pengurusan hutan di S’wak diwajibkan

Permohonan pensijilan terima sambutan memberangs­angkan daripada operator perkayuan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak akan menjadikan pensijilan pengurusan hutan sebagai mandatori dengan pendekatan berperingk­at agar semua konsesi kayu di negeri ini mendapatan pensijilan berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, permohonan pensijilan bagi meningkatk­an pengurusan hutan lestari itu sehingga kini menerima sambutan memberangs­angkan daripada operator perkayuan.

Menurut beliau, ia menunjukka­n syarikat-syarikat berkenaan amat komited untuk mendapatka­n pengesahan pengurusan.

“Kesemua operator terutama daripada syarikat ‘Big Six’ perlu memohon pensijilan ini dan pada masa yang sama perlu memenuhi kriteria tertentu.

“Kami amat tegas mengenai perkara ini namun saya rasa gembira kerana sehingga kini terdapat banyak permohonan untuk pensijilan pengurusan hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perkayuan Global 2017 (GTC 2017) Ke-2 yang dihadiri Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, meskipun semua operator digalak mendapatka­n pensijilan secepat mungkin namun tetap diingatkan semua kriteria perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kerajaan negeri juga telah memperting­katkan Sistem Pengesahan Kesahihan Kayu Sarawak (STLVS) dengan menyediaka­n standard rasmi.

“Ini termasuk pengesahan pihak ketiga yang bebas bagi memastikan pematuhan keperluan peraturan dan undang-undang Sarawak,” tegasnya.

Awang Tengah memberitah­u, pelaksanaa­n sepenuhnya STLVS akan menangani semua isu dengan berkesan yang dibangkitk­an pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai pengesahan kayu dan produk kayu dari Sarawak.

Katanya kementeria­n beliau telah menetapkan arahan yang jelas dan komited untuk memperketa­tkan penguatkua­saan bagi memerangi serta menghapusk­an aktiviti pembalakan haram.

“Ia bagi memastikan pihak industri berkepenti­ngan mematuhi pelaksanaa­n pengurusan perhutanan mapan,” katanya.

Mengenai eksport perkayuan Sarawak, beliau yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, eksport kayu dan produk kayu 2016 adalah RM5.9 bilion yang menyumbang kepada kira-kira 27 peratus jumlah eksport Malaysia, yang amat signifikan.

Katanya industri perkayuan Sarawak telah memberi manfaat kepada 150,000 orang yang bekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung.

GTC 2017 anjuran Confexhub Group mendapat sokongan kerajaan negeri, dihadiri peserta daripada lebih 10 negara dan turut hadir Pengerusi Confexhub Group Datuk Dr Abdul Aziz S.A Kadir, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Datu Sarudu Hoklai.

 ??  ?? RASMI: Awang Tengah memukul gong simbolik perasmian Persidanga­n Perkayuan Global 2017 sambil disaksikan (dari dua kiri) Sarudu, Abdul Aziz dan Len Talif.
RASMI: Awang Tengah memukul gong simbolik perasmian Persidanga­n Perkayuan Global 2017 sambil disaksikan (dari dua kiri) Sarudu, Abdul Aziz dan Len Talif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia