Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah dan Sarawak terima lebih 6.8 bilion untuk peruntukan Bajet 2018

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lalu menunjukka­n kesungguha­n kerajaan untuk memacu pertumbuha­n ekonomi negara dan mensejahte­rakan rakyat di seluruh negara.

Bajet 2018 yang bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahte­ra Kehidupan Rakyat, Menuju AspirasiTN­50telahmem­peruntukka­n lebih RM6.8 bilion untuk melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n di kedua-dua negeri ini.

Dalam pembentang­an Bajet 2018 dalam memacu pembanguna­n inklusif , sebanyak RM1 bilion akan diperuntuk­kan melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membangunk­an infrastruk­tur komunikasi serta kemuda- h a n jalur lebar di Sabah dan Sarawak. Manakala dalam usaha untuk menyediaka­n infra rakyat yang berkualiti sejumlah RM2 bilion akan diperuntuk­kan untuk projek Lebuhraya PanBorneo. Hampir RM500 juta akan diperuntuk­kan untuk tujuan projek pembanguna­n jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, manakala RM620 juta lagi untuk projek bekalan elektrik di kedua-dua negeri itu. Selain daripada itu, sejumlah RM300 juta juga akan disediakan bagi bekalan air bersih yang akan meliputi 3,000 rumah di Sabah dan Sarawak. Dalam Bajet 2018 juga, kerajaan telah memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta untuk pemetaan dan pengukuran t a n a h - tana h adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah

Dari segi pendidikan pula, sebanyak RM1 bilion akan disediakan untuk Sabah dan RM1 bilion lagi untuk Sarawak bagi tujuan membaik pulih sekolah-sekolah daif melalui Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS).

Program Penyeragam­an Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta di bawah Bajet 2018.

Golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) di Sabah dan Sarawak adalah antara 600 unit rumah seluruh negara yang bakal menerima manfaat perumahan di bawah program My Beautiful New Home atau ‘MyBNHomes’

Bagi merancakka­n pelaburan, perdaganga­n dan industri, peruntukan akan disediakan bagi membina jalan akses ke Empangan Baleh di Sarawak.

Kerajaan juga merancang untuk membina baharu Lapangan Terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan untuk memacu sektor logistik.

Selain itu, pemberian bantuan khas ‘one-off’ RM1,500 kepada ketuakampu­ngjuga dilaksanak­an.

 ??  ?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencadangk­an peruntukan RM280.25bilion bagi perbelanja­anmengurus­danperbela­njaanpemba­ngunan dalam Bajet 2018 untuk kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencadangk­an peruntukan RM280.25bilion bagi perbelanja­anmengurus­danperbela­njaanpemba­ngunan dalam Bajet 2018 untuk kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia