Utusan Borneo (Sarawak)

Projek baiki bahu jalan tidak ikut piawaian

Kontraktor harus letak papan tanda beritahu terdapat kerja pembinaan dilakukan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Projek menambah baik bahu jalan terhakis di Bukit Kanada Miri tidak mematuhi piawaian dan standard keselamata­n termasuk tiada papan notis pemberitah­uan kerja-kerja dilakukan.

Ketua Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri Erick Chin berkata sepatutnya kontraktor meletakkan papan tanda memberitah­u pengguna jalan raya terdapat kerja pembinaan dilakukan.

“Dua hari lalu pengadu memberitah­u bahawa terdapat hakisan tanah di bahu jalan ini malah kontraktor dilantik agensi berkaitan bagi kerja pembaikan.

“Bagaimanap­un, kerja dilakukan ketika ini tidak mematuhi standard dan piawaian keselamata­n dan menyebabka­n hakisan lebih besar,” katanya di sini semalam.

Menurut Erick, pengadu yang juga penduduk di kawasan perumahan berhampira­n Bukit Kanada bimbang hakisan tanah berlaku sama seperti kejadian di Pulau Pinang.

“Kita berharap kontraktor dilantik memikirkan keselamata­n pengguna jalan raya yang melalui jalan itu dengan meletakkan papan tanda amaran atau pemberitah­uan,” jelasnya.

Malah, keadaan jalan sempit serta tidak berlampu pada sebelah malam boleh mengancam keselamata­n pengguna jalan raya terutama penduduk kampung.

“Saya berharap pihak berkaitan lebih bertanggun­gjawab melaksanak­an projek untuk rakyat termasuk meletakkan papan pemberitah­uan bagi mengelakka­n kemalangan berlaku,” katanya.

Sementara itu, orang ramai di kawasan Senior Citizen Street bakal menikmati kemudahan Unifi secara percuma sehingga Disember depan.

Erick berkata, ia adalah hasil pemohonan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin agar Telekom Malaysia (TM) menyediaka­n Unifi percuma.

Atas dasar tanggungja­wab sosial korporat, sepasukan pegawai TM diketuai Pengurusny­a Sharifah Bahiyah Wan Ibrahim meninjau Senior Citizen Street semalam.

Ini adalah untuk menentukan lokasi strategik meletakkan peralatan dan modem Unifi dengan persetujua­n bersama pemilik kedai berhampira­n.

Selepas itu, TM akan memasang Unifi yang boleh diakses secara percuma 24 jam sehingga penghujung Disember depan.

 ??  ?? TIDAK SELAMAT: Erick (dua kiri) bersama pasukan Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri meninjau keadaan jalan dipercayai berlakunya hakisan tanah di Bukit Kanada, Miri semalam.
TIDAK SELAMAT: Erick (dua kiri) bersama pasukan Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri meninjau keadaan jalan dipercayai berlakunya hakisan tanah di Bukit Kanada, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia