Utusan Borneo (Sarawak)

FORUM berterima kasih kepada k’jaan lulus tanah bagi pembinaan bangunan

-

MIRI: Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana meluluskan permohonan sebidang tanah bagi tujuan pembinaan bangunan dan pusat budaya.

Presidenny­a Antonio Kahti Galis berkata FORUM akan mendirikan bangunan ibu pejabat di tanah tersebut bagi memudahkan mereka menganjurk­an pelbagai aktiviti.

“Saya mewakili sembilan persatuan Orang Ulu bernaung di bawah FORUM mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menjadikan impian kami realiti.

“Ia akan menjadi landasan kepada setiap persatuan Orang Ulu menganjurk­an festival tahunan yang pastinya menampilka­n keunikan,” katanya di sini semalam.

Sabtu lalu, Abang Johari semasa berucap pada majlis makan malam anjuran FORUM di sini meluluskan permohonan tanah seluas lima ekar di bandar raya ini.

Sebelum ini, FORUM pernah memohon sebidang tanah daripada Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan diberikan tanah di Permyjaya namun tidak sesuai kerana tanah gambut selain ketiadaan akses.

Sembilan persatuan Orang Ulu bernaung di bawah FORUM iaitu Persatuan Kayan Sarawak (PKS), Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS), Persatuan Lakiput Sarawak (PLS), Rurum Kelabit Sarawak (RKS), Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS), Persatuan Berawan Sarawak (PBS), Persatuan Masyarakat Saban Miri (PMSM), Persatuan Penan Petipun Sarawak (PETIPUN) dan Persatuan Bisaya Sarawak (PBS).

 ??  ?? SERAH: Muhamad Azmil (kiri) menyampaik­an kunci kepada Alias, kelihatan sama ahli-ahli jawatankua­sa PAJLM.
SERAH: Muhamad Azmil (kiri) menyampaik­an kunci kepada Alias, kelihatan sama ahli-ahli jawatankua­sa PAJLM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia