PAJLM terima ruang pejabat untuk aktiviti di Miri
KUCHING: Biro Konvensyen Sarawak (SCB), perintis Malaysia dalam acara perniagaan (BE) baru-baru ini melancarkan Cabaran Bidaan Terbaik, acara selama dua hari bagi menyediakan sektor profesional pemahaman lebih komprehensif mengenai seni dan sains bidaan.
Ketua Pegawai Operasi SCB Amelia Roziman berkata, evolusi dalam sektor BE adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, justeru penggiat sektor perlu dilengkapi dengan kemahiran sewajarnya.
“Bagi memastikan Sarawak dapat menawarkan penyampaian perkhidmatan lebih baik dan mewujudkan persekitaran acara perniagaan yang berkembang, penting untuk mempercepatkan pembelajaran dan memberi pandangan tidak ternilai kepada penggiat sektor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Inisiatif di bawah BE Sarawak SCB: Kempen Pendidikan, Cabaran Bidaan Terbaik diadakan di Hotel The Waterfront di Kuching, sebelum ke Pullman Miri Waterfront yang menarik lebih 56 profesional pelbagai sektor dan persatuan.
Pemudahcara Cabaran Bidaan Muktamad Jill Henry yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif SCB dan perunding industry mesyuarat di Asia, menyifatkan usaha- usaha para peserta sebagai berkelas dunia.
“Saya amat kagum dengan jumlah bakat dan kreativiti yang ditunjukkan dalam Cabaran Bidaan Terbaik! Mereka mengambil alat yang kami sediakan dan mengubahnya menjadi bidaan yang luar biasa - saingan dengan beberapa yang terbaik yang saya hadapi,” katanya.
Pengurus Besar Hubungan Kerajaan dan Industri SCB Chew Chang Guan pula berkata:
“Jill membawa ke Sarawak pengalaman 30 tahunnya dalam industri acara perniagaan dan menubuhkan biro dalam beberapa tahun pertama yang memunculkan kejayaan awal kami.
“Kami sangat bertuah kerana ada Jill sebagai pemudahcara kami dan berharap dapat menghasilkan lebih ramai pakar bidaan untuk memenangi lebih banyak acara perniagaan untuk negeri ini.”
BESarawak: Kempen Pendidikan adalah salah satu daripada tiga elemen di bawah platform utama SCB untuk industri, selain BESarawak: Komunikasi dan BESarawak: Penanugerahan yang juga menempatkan satu program perkongsian menghubungkan lebih daripada 200 organisasi aktif dalam senario acara perniagaan di Sarawak.
Untuk keterangan lanjut mengenai bagaimana anda boleh menyertai komuniti BE Sarawak, layari http:// besarawak. com/ home atau hubungi Jemima Joseph di 082-242516 atau menerusi e-mel jemima@sarawakcb. com. MIRI: Persatuan Anak Jati Lawas Miri (PAJLM) menerima ruang atas bangunan kedai di sini bagi membolehkan persatuan itu menjalankan pelbagai aktiviti selain menempatkan bahagian pejabat persatuan.
Ruangan pejabat itu disediakan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak ( AKYBMS) bagi membolehkan persatuan itu menjalankan aktiviti dan menguruskan aktiviti berkaitan kebajikan ahli dan komuniti Lawas.
Pengerusi PAJLM Kaunselor Alias Mail berkata pihaknya berterima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr Sanib Said yang mencadangkan menggunakan ruang itu sebagai lokasi PAJLM menjalankan aktiviti.
“Ini akan menjadi pejabat PAJLM dan pada masa sama kita merancang mengubah suai ruang selebihnya agar dapat dijadikan tempat tinggal sementara.
“Mereka dari Lawas memerlukan tempat bermalam semasa mendapatkan rawatan di hospital boleh tinggal di tempat yang kita sediakan,” katanya selepas majlis penyerahan kunci ruang pejabat di sini semalam.
Penyerahan itu dilakukan oleh Muhamad Azmil Ismail mewakili Sanib bagi pihak AKYBMS kepada Alias.
Hadir sama Timbalan Pengerusi PAJLM Basar Nasip dan Bendaharinya Dayang Mordinah Datuk Awang Daud.
Alias berkata kerja-kerja mengubah suai ruang pejabat itu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.
Ditubuhkan pada 3 Ogos 2016, PAJLM kini mempunyai lebih 200 ahli bertujuan menjaga kebajikan selain mengadakan program pendidikan dan keagamaan untuk anakanak ahli.
Sementara itu, Dayang Mordinah memberitahu fokus utama PAJLM membantu menguruskan kematian dari segi dokumen dan permit bagi melancarkan proses membawa jenazah pulang dari Miri ke Lawas melalui Brunei.