Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja Air Koryo bantu suspek keluar M’sia Daftar masuk suspek ke dalam pesawat di KLIA untuk penerbanga­n ke Jakarta pada 13 Feb

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang peniaga atas dua pertuduhan cuba merompak rantai emas dan mencederak­an seorang wanita sehingga luka di bahagian badan dan kaki, Ogos lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhi hukuman itu terhadap Mohamad Khairul Azwan Juraimi, 26, selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohamad Khairul Azwan didakwa mencuba merompak seutas rantai emas milik M. Sumathy, 38, dan dalam masa sama dengan sengaja telah mencederak­an wanita itu hingga mangsa mengalami luka dan bengkak di bahagian kaki kiri serta kanan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga tahun bagi kesalahan rompak dan enam bulan bagi kesalahan mencederak­an serta kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapnya pada 25 Ogos 2017.

Dakwaan bagi kes cubaan merompak dilakukan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda manakala bagi kesalahan mencederak­an, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau keduaduany­a.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Tune Hotels, Jalan Ipoh Kecil, Dang Wangi, di sini pada jam 1.20 petang, 25 Ogos lalu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Keshreena Kaur Sidhu memohon hukuman berbentuk pemenjaraa­n minimum atas alasan anak guamnya hanya bekerja sendiri dan tidak mampu membayar denda tinggi.

“Anak guam saya juga merupakan seorang Orang Kurang Upaya ( OKU) di bahagian kaki kerana terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lalu,” kata peguam itu.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang wajar dan setimpal mengambil kira jenis kesalahan yang dilakukan adalah jenayah serius.

“Mangsa dalam kes ini mengalami impak yang berat selain daripada kecederaan yang dialaminya akibat cuba dirompak oleh tertuduh. Saya pohon mahkamah menjatuhka­n hukuman yang dapat memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat awam,” katanya. — Bernama SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa pekerja syarikat penerbanga­n Air Koryo dikenali sebagai Kim Uk-il telah membantu tiga suspek lelaki yang masih bebas dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, untuk keluar dari Malaysia.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Sepang/ KLIA ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata, Kim Uk- il membantu Hong Song Hac yang dikenali sebagai Mr Chang, Ri Ji Hyon yang dikenali sebagai Mr Y dan Ri Jae Nam dikenali sebagai Hanamori untuk mendaftar masuk ke dalam pesawat di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) untuk penerbanga­n ke Jakarta pada 13 Feb, 2017.

Menjawab soalan peguam Gooi Soon Seng, saksi kesembilan pihak pendakwaan itu bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Kim Ukil mengetahui nama pesawat yang dinaiki ketiga-tiga sus- pek itu.

Kelmarin Wan Azirul Nizam dalam keterangan­nya berkata, pengurus Syarikat Penerbanga­n Air Koryo dan wakil Kedutaan Korea Utara telah membantu ketiga-tiga suspek itu keluar dari Malaysia untuk menaiki penerbanga­n ke Jakarta, selepas kejadian Kim Chol diserang dengan racun agen saraf VX.

Semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam itu, Wan Azirul Nizam mengakui beliau tidak dapat mengingati nama pesawat yang dinaiki oleh ketiga-tiga suspek itu kerana ia tidak dicatatkan dalam diari siasatanny­a.

Gooi: Kalau tahu nama pesawat itu, kamu boleh tahu nama manifest penumpang? Wan Azirul Nizam: Benar Gooi: Kenapa tidak periksa melalui pesawat tentang identiti tiga suspek ini yang tinggalkan Kuala Lumpur?

Wan Azirul Nizam: Di peringkat awal siasatan saya tidak dapat mengetahui sebarang maklumat mengenai suspek itu dan juga siapa penama Kim Uk-il itu. Jadi sukar untuk saya mendapatka­n manifest penumpang pesawat kerana melibatkan ratusan nama penumpangp­enumpang lain.

Saksi itu juga mengakui beliau ada menerima salinan cetakan manifest penumpang pesawat yang dinaiki oleh tiga suspek itu bagaimanap­un sehingga semalam beliau tidak dapat mengingati nama pesawat tersebut.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa adalah penting untuk mengingati nama pesawat tersebut kerana manifest penumpang boleh diperolehi daripada pesawat itu.

Terdahulu, sebanyak sembilan spesimen milik mendiang Kim Chol yang disimpan di dalam sebuah kotak polisterin tidak dibuka dalam perbicaraa­n itu berikutan bau yang tidak menyenangk­an.

Wan Azirul Nizam berkata spesimen-spesimen tersebut adalah darah, air kencing, Vitreous Humor, kandungan perut, hempedu, paru-paru, buah pinggang, hati dan otak.

Sambil mengangkat dan menunjukka­n kotak polisterin berwarna putih itu, beliau berkata kandungan spesimen itu adalah milik si mati dan berbau kuat.

“Saya menerima spesimen ini daripada Dr P. Sharmilah dari Jabatan Kimia selepas ia dianalisis,” katanya ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin pada hari ke-13 perbicaraa­n kes Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, didakwa bersamasam­a empat lelaki yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada jam 9 pagi, 13 Feb lalu.

Dalam prosiding itu, sebanyak 117 barang kes dicamkan sebagai eksibit termasuk barang peribadi milik keduadua tertuduh, oleh pegawai penyiasat itu.

Saksi itu berkata, beliau juga menerima barang milik Siti Aisyah, iaitu pasport, pakaian, kasut, beg, telefon bimbit dan barangan peribadi dan tiga keping wang tunai USD100 (RM1,268.10), manakala bagi Doan pula, sepasang kasut warna putih, dua telefon bimibit dan sebuah beg.

“Manakala, barang yang diambil dari si mati Kim Chol adalah dua telefon bimbit dan komputer riba miliknya. Saya menerima barang ini daripada Sarjan Shamsul dari Balai Polis Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2),” katanya.

Ketika pemeriksaa­n balas oleh peguam Gooi, Wan Azirul Nizam berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Siti Aisyah dilihat tidak menukar penampilan­nya selepas kejadian serangan itu berlaku.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa keempat-empat suspek yang masih bebas itu menukar penampilan mereka selepas insiden Kim Chol diserang, namun tidak bersetuju mereka melupuskan barang peribadi masing-masing.

“Yang pastinya ialah keempat-empat suspek menukar pakaian,” katanya sambil menambah tiada sebarang perubahan dalam penampilan Siti Aisyah sebelum dan selepas insiden serangan itu.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung hari ini. — Bernama

ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz Pegawai Penyiasat Kanan IPD Sepang/KLIA

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluargany­a direman selama tujuh hari bermula semalam.
— Gambar Bernama DIREMAN: Suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluargany­a direman selama tujuh hari bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia