Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching dijadikan Zon Perdaganga­n Bebas Digital

Keperluan wujudkan kemudahan bagi tujuan logistik sudah dibincang antara k’jaan negeri, Pos Malaysia

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kuching akan dijadikan sebagai Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) untuk merealisas­ikan ekonomi digital dan e-dagang di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata keperluan untuk mewujudkan kemudahan bagi tujuan logistik itu sudah dibincangk­an antara kerajaan negeri dan Pos Malaysia, yang menjadi rakan Alibaba.

“Kita sudah bincang dengan Pos Malaysia kerana ia merupakan rakan Alibaba untuk mewujudkan DFTZ. Mungkin Kuching akan menjadi DFTZ antara kita (Sarawak) dengan Alibaba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan penutupan Forum E-Dagang Sarawak 2017 yang dianjurkan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak di sebuah hotel terke- muka di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda EDagang Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Abang Johari menambah, DFTZ juga akan ditempatka­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching ( LTAK) bagi memudahkan akses edagang antara rakyat Sarawak dengan masyarakat global, selain sebagai kemudahan Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen.

Justeru, katanya ia diyakini akan memperluas­kan jangkauan perniagaan dan memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjalanka­n urus niaga secara atas talian.

Sementara itu, Wong berkata Sarawak yang kini menuju ke arah ekonomi digital amat memerlukan DFTZ kerana ia dapat menggandak­an pertumbuha­n eksport barangan PKS kepada AS$38 bilion dan mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan menjelang 2025 serta memudahkan pergerakan barangan bernilai AS$65 bilion menjelang 2025.

“Tidak banyak PKS tempatan yang sudah didaftarka­n dengan DFTZ. Ia diharapkan pada masa akan datang dengan restu Ketua Menteri, kita juga dapat menubuhkan DFTZ versi Sarawak di Kuching untuk memudahkan e-dagang antarabang­sa dan menyemarak­kan inovasi berasaskan Internet untuk menjadikan kita sebagai hab serantau,” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Musa (tiga kiri) menerima cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd (SEB) Sharbini Suhaili (tengah) sambil disaksikan Awang Tengah (tiga kanan), Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani...
TERIMA KASIH: Musa (tiga kiri) menerima cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd (SEB) Sharbini Suhaili (tengah) sambil disaksikan Awang Tengah (tiga kanan), Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani...
 ??  ?? KENANGAN: Abang Johari (depan, duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Forum E-Dagang Sarawak 2017 di Kuching, semalam.
KENANGAN: Abang Johari (depan, duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Forum E-Dagang Sarawak 2017 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia