Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat diingatkan tidak membuang masa dengan bergaduh

-

MIRI: Ketua masyarakat dan ketua kaum khususnya masyarakat Iban di Marudi diingatkan agar tidak membuang masa dengan bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak membawa manfaat sebaliknya memberi ‘malu’ kepada diri sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menegaskan, mereka perlu memandang ke hadapan dan melupakan sengketa lama yang merugikan.

Penguang berkata cabaran utama sejak beliau menjadi wakil rakyat di Marudi selepas memenangi Pilihan Raya Negeri ( PRN) 2016 ialah menyatukan tuai-tuai rumah yang sebelum ini berpecahbe­lah.

“Ia satu tanggungja­wab amat berat kerana hanya rumah panjang di Marudi mempunyai dua tuai rumah dalam satu rumah panjang.

“Tugas saya menyatukan dan menyerahka­n kuasa kepada mereka melantik seorang tuai rumah yang layak.

“Saya berharap tuai-tuai rumah dilantik dapat memainkan tanggungja­wab mereka dengan penuh dedikasi dan amanah,” katanya pada Majlis Penangguha­n Seminar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Marudi di sini kelmarin.

Seramai 184 ketua kaum daripada 184 rumah panjang serta ketua kaum masyarakat Cina dan Melayu dari Marudi menghadiri seminar anjuran Pejabat Menteri Muda Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Miri, Pejabat Daerah Marudi dan Pejabat Daerah Beluru.

Penguang berkata, seminar itu diharap dapat menyatukan semua ketua masyarakat dan ketua kaum agar mereka bekerjasam­a dengan kerajaan sekali gus melancarka­n agenda pembanguna­n dirancang.

“Matlamat utama mengadakan seminar ini agar tuai-tuai rumah yang bersengket­a sebelum PRN kembali berdamai dan fokus dengan usaha memajukan rumah panjang mereka. Kita tiada masa untuk bergaduh hal remeh-temeh.

“Pada majlis ini, kita turut memberi surat pelantikan semula dan pelantikan baharu kepada lebih 40 tuai rumah, ketua kaum dan ketua masyarakat. Pemberian surat ini dilakukan secara berperingk­at-peringkat,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Miri Sherina Hussaini, wakil ketua masyarakat dan ketua kaum DUN Marudi Pemanca Enggah Nuga, Pegawai Daerah Beluru Mohd Rashdan Hazemi dan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Edward Mendai.

 ??  ?? BAGUS: Penguang (duduk, tengah) dan Sherina (kiri) bersama peserta dan tetamu pada Seminar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Marudi di Miri kelmarin.
BAGUS: Penguang (duduk, tengah) dan Sherina (kiri) bersama peserta dan tetamu pada Seminar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Marudi di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia