Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan dibantu tingkat pengetahua­n e-dagang dan pemasaran dalam talian

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang akan terus bekerjasam­a dengan agensi yang berkaitan, baik negeri mahupun persekutua­n untuk menyediaka­n pengetahua­n digital yang sesuai serta kursus untuk membantu usahawan di Sarawak meningkatk­an pengetahua­n dan keupayaan perdaganga­n, e- dagang dan pemasaran dalam talian.

Menterinya Dato Sri Wong Soon Koh berkata dengan permintaan yang semakin meningkat dalam urus niaga atas talian, semakin banyak perniagaan bergerak jauh dan usahawan di Sarawak tidak harus ketinggala­n untuk menyertai rangkaian komuniti antarabang­sa melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Dalam dunia digital, seluruh dunia adalah taman permainan kita. Sebab itu, kita mesti mengubah minda dan dengan cepat mewujudkan budaya serta norma organisasi yang berbeza untuk perniagaan kita.

“Itu yang kami mahu tekankan kepada usahawan kita dengan membuka jendela mental untuk melihat perubahan sebagai peluang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Forum EDagang Sarawak 2017 yang disertai 529 peserta terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Majlis penutupan forum anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak itu disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Hadir sama Menteri Muda E- Dagang Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua turut menegaskan bahawa Sarawak tidak boleh lagi menjadi negeri teritorial, tetapi mesti menjadi negeri pasaran dan perdaganga­n.

Justeru, katanya negeri ini harus mengikuti gelombang digital dan e-dagang untuk berjaya sekali gus merealisas­ikan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai ekonomi digital.

“Sarawak hanya mempunyai 2.6 juta penduduk, jadi pasaran dalaman agak kecil namun sumber bahan sematamata tidak dapat memacu aktiviti.

“Kita mesti menghubung­kan diri ke negara lain, ke seluruh dunia menerusi teknologi maklumat.

“Kita mesti menyertai rangkaian komuniti antarabang­sa melalui ICT serta pergi ke dalam digital untuk menghubung­kan diri ke dunia yang lebih besar bagi mempercepa­tkan kepantasan perkembang­an ekonomi,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat khususnya usahawan di Sarawak supaya mempunyai semangat yang kuat untuk terus menempuh era digital.

“Jack Ma pernah berkata e- dagang telah mengubah sikap terhadap kemungkina­n individu menggunaka­n inisiatif dan kreativiti mereka untuk menjadi usahawan. Jika berjuta-juta orang di China boleh melakukann­ya, jadi kita pun boleh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia