Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN nafi hantar e-mel minta dedah butiran akaun bank Orang ramai dinasihat semak dahulu ketulenan e-mel

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan menghantar e-mel meminta orang ramai mendedahka­n butiran akaun bank bagi membolehka­n transaksi bayaran balik lebihan cukai dilakukan LHDN.

Bahagian Komunikasi LHDN berkata, e-mel berkenaan cuba meyakinkan orang ramai bahawa mereka mempunyai amaun cukai terlebih bayar yang perlu dipulangka­n oleh lembaga itu. “LHDN tidak pernah menghantar emel sedemikian.

Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperolehi melalui perisytiha­ran oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarka­n maklumat betul juga akan dikreditka­n oleh LHDN ke akaun pembayar cukai melalui pindahan dana elektronik (EFT), Baucar Bayaran Balik Cukai ( BBBC), atau Cek Berpalang atau Pemindahan Bertelegra­f bagi mereka yang berada di luar negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, LHDN telah mengesan sindiket itu menyebarka­n emel palsu menggunaka­n nama Ketua Pegawai Eksekutif dan anggota Lembaga LHDN serta memaparkan logo-logo rasmi institusi perbankan.

LHDN menasihatk­an orang ramai agar membuat semakan terlebih dahulu ketulenan e-mel yang diperoleh kerana setiap emel rasmi daripada LHDN akan menggunaka­n domain e-mel ‘@

Kenyataan Bahagian Komunikasi LHDN

hasil.gov.my’.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat pengesahan dengan LHDN jika terdapat sebarang e-mel meragukan berkaitan LHDN melalui talian Hasil Careline di 1800-885436 atau nombor cawangan LHDN pada portal rasmi www.hasil.gov.my.

LHDN sentiasa memantau sindiket penipuan itu dan akan memberikan peringatan kepada orang ramai dari masa ke masa serta menasihati orang ramai yang telah terpedaya dengan sindiket penipuan itu agar membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan sewajarnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Shamsul Amar (dua kanan) menunjukka­n peralatan yang digunakan dalam pemprosesa­n dadah jenis syabu pada kes pembongkar­an makmal dadah di Bandar Botanic pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dekat Klang, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Shamsul Amar (dua kanan) menunjukka­n peralatan yang digunakan dalam pemprosesa­n dadah jenis syabu pada kes pembongkar­an makmal dadah di Bandar Botanic pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dekat Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia