Utusan Borneo (Sarawak)

Panggilan palsu ‘Macau Scam’ didalangi sindiket dari Taiwan dan China: PDRM

-

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) mematahkan cubaan menyeludup 55 bungkusan berisi tenggiling dan lima bungkusan sisik tenggiling yang kesemuanya bernilai RM170,000 dekat sini petang semalam.

Komander AKSEM Kedah Abd Latif Abd Rahman berkata, kesemua rampasan berkenaan ditemukan dalam but sebuah kereta Toyota Altis milik seorang lelaki warga Thailand berusia 45 tahun dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 1.3 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Kompleks Imi- gresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) pada jam 2.30 petang.

“Lima bungkusan sisik tenggiling dengan anggaran berat keseluruha­n berjumlah 25 kilogram itu dipercayai digunakan untuk tujuan kosmetik dan perubatan tradisi di China.

“Kita percaya kesemua tenggiling berkenaan lebih daripada 55 ekor kerana terdapat satu dua bungkusan yang ada anak tenggiling di dalamnya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, suspek yang kali pertama ditahan kerana melakukan aktiviti tersebut mengambil upah untuk menyeludup tenggiling berkenaan yang dipercayai dibawa masuk dari Indonesia dan menjadikan Kedah lokasi transit sebelum diseludup ke Thailand.

“Tenggiling ini mendapat permintaan tinggi dan biasanya ianya ditransit di Thailand terlebih dahulu sebelum diseludup ke China pula yang banyak menggunaka­n sisik tenggiling untuk pelbagai tujuan,” katanya.

Kesemua rampasan dan individu yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) mendapati kes penipuan melalui panggilan telefon yang mendakwa daripada institusi kewangan atau PDRM didalangi sindiket dari Taiwan dan China yang menggunaka­n talian antarabang­sa dari Hong Kong dan tempatan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad berkata PDRM telah menerima banyak aduan daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu itu yang dikategori­kan sebagai ‘Telecommun­ication Fraud’ atau Macau Scam sejak kebelakang­an ini.

“Macau Scam melibatkan empat kategori modus operandi iaitu cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, ‘spoofing (pegawai polis/agensi kerajaan dan ‘spoofing’ (pegawai bank negara atau bank komersial).

“Spoofing adalah teknik di mana pemanggil (ahli sindiket) akan berkomunik­asi menggunaka­n platform suara melalui protokol Internet (VoIP) bagi membolehka­n pemanggil meletakkan sebarang nombor untuk memperdaya mangsa bahawa panggilan itu daripada nombor yang tertera di skrin,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Asmawati berkata bagi cabutan bertuah, mangsa akan menerima panggilan telefon kononnya telah memenangi pertanding­an cabutan bertuah bernilai jutaan dolar daripada syarikat Hong Kong dan pemanggil kemudianny­a memberikan nombor telefon untuk dihubungi jika mahu menuntut hadiah berkenaan.

“Mangsa kemudianya diminta untuk memindahka­n wang daripada akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelak akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

“Spoofing pegawai bank negara atau bank komersial (kad kredit), mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit,” katanya.

Sejurus selepas itu, mangsa kemudianny­a diarah untuk menghubung­i seseorang, kononnya pegawai bank negara bagi mengelakka­n nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.

“Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai,” katanya.

Asmawati berkata bagi tipu culik dan minta wang tebusan, mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik dan diperdaya untuk memindahka­n wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil.

“Oleh itu, PDRM menasi- hatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah itu. Jika terima panggilan telefon sedemikian, usah panik dan jangan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil.

Putuskan panggilan dan terus menghubung­i pihak polis atau institusi kewangan terbabit,” katanya.

Asmawati berkata orang ramai diingatkan tidak menghubung­i semula nombor telefon yang diterima itu, sebaliknya mendapatka­n nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut.

“Anda juga diingatkan agar tidak mendedahka­n nombor akaun bank, nombor kad pengeluara­n wang automatik (ATM) atau kad kredit kepada orang yang tidak dikenali.

PDRM juga mohon kerjasama masyarakat yang menjadi mangsa penipuan ini agar membuat laporan polis,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RANAP: Sebuah rumah dua tingkat turut musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat Sungai Petani, semalam.
— Gambar Bernama RANAP: Sebuah rumah dua tingkat turut musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia