Utusan Borneo (Sarawak)

Lima rentung dalam kebakaran empat rumah dekat Sungai Petani

-

SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri antara lima warganegar­a Indonesia yang terkorban dalam kejadian kebakaran membabitka­n empat rumah jenis kayu di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid berkata mereka yang rentung dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu adalah Mat Holil Tubat dan isterinya yang dikenali sebagai Ume, kedua-duanya berusia lingkungan 40- an manakala tiga lagi mangsa dikenali sebagai Habi (40-an), Misbah Hul Anwar, 19, dan Tobiyah (40-an).

“Kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita ini merupakan warganegar­a Indonesia.

Butiran nama mangsa diperoleh daripada pengakuan dan pengecaman saudara- mara dan kenalan. “(Ini kerana) dokumen pengenalan diri dipercayai terbakar semasa kejadian. DNA akan diambil untuk mengesahka­n identiti mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Saifi berkata, mayat mangsa yang rentung itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat. — Bernama SUNGAI PETANI: Lima rentung dan seorang cedera parah akibat melecur dalam kebakaran membabitka­n empat rumah jenis kayu di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penolong Kanan Pesuruhjay­a Bomba Abdul Razak Muda berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 4.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian bersama jentera pertama, lima minit kemudian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan empat rumah berkeluasa­n 2.3 meter X 6.5 meter persegi telah musnah 90 peratus setiap rumah dan kita percaya seorang daripada mangsa (yang rentung) merupakan kanak- kanak berdasarka­n saiz mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pagi semalam.

Abdul Razak berkata seramai 14 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman api yang masih diteruskan setakat 8 pagi ini dengan dibantu 41 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Beliau berkata idenditi mangsa yang terlibat masih dalam proses dikenal pasti manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia