Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun solat selamatkan keluarga daripada rentung dalam kebakaran

-

SUNGAI PETANI: Bangun tidur untuk menunaikan solat sekitar jam 2 pagi telah menyelamat­kan Jamil Tikan berserta anggota keluargany­a daripada rentung dalam kebakaran melibatkan empat rumah di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat sini, awal pagi semalam.

Jamil, 60, berkata ketika dia bangun untuk bersolat tidak lama selepas itu terdengar jeritan jiran mengatakan ada kebakaran hingga menyebabka­nnya segera mengejutka­n anggota keluargany­a untuk keluar dari rumah itu menyelamat­kan diri.

“Saya dan lima anggota keluarga lain termasukla­h ibu mertua saya berada dalam rumah sewaktu kebakaran berlaku dan sebaik sahaja kami (berjaya) keluar dari rumah untuk menyelamat­kan diri, saya cuba membantu jiran selepas mendengar jeritannya dari dalam rumah yang terletak bersebelah­an rumah saya.

“Saya menarik papan dinding yang sedang terbakar di rumah sebelah dan tiba-tiba seorang lelaki, dikenali Samsul (45 tahun) keluar dari dinding itu dan jatuh ke tanah, badannya sedang terbakar. “Namun saya tidak dapat membantuny­a...terlalu panas, saya hanya melihat dia berguling-guling di atas tanah sehingga api padam, pada masa sama masih terdengar jeritan dari dalam rumah itu, tetapi saya tidak dapat menolong,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian semalam.

Jamil berkata Samsul yang melecur 70 peratus anggota badannya, kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini serta anaknya berusia 20-an yang merupakan anak kurang upaya (OKU) selamat, bagaimanap­un isterinya, Tobiyah maut dalam kejadian kebakaran itu.

Katanya, difahamkan tiga beranak itu ingin pulang ke kampung halaman mereka di Indonesia 11 pagi semalam.

Menurutnya kesemua penduduk di situ kebanyakan­nya berasal dari Kampung Bangkalan, Madura di Indonesia malah dia sendiri merupakan pekerja kontrak di Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu.

Sementara itu, ibu mentua Jamil, Tofriyah Rahmat, 53, pula berkata tiada barangan yang sempat diselamatk­annya melainkan sebuah beg kecil berisi dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit yang kebetulan diletakkan di hujung kepala selepas dia pulang dari kerja.

“Duit simpanan tunai kirakira RM1,000 hangus, pakaian juga tinggal sehelai sepinggang, dokumen pengenalan diri yang lain termasukla­h pakaian dan kelengkapa­n sekolah milik cucu perempuan saya yang berusia 7 tahun, turut hangus.

“Saya bersyukur, kalau menantu saya (Jamil) tidak bangun untuk solat dan tidak kejutkan kami semua, saya tidak tahu apa yang akan terjadi,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah pasar raya berhampira­n di sini.

Sementara itu, Widayulita Arin, 22, iaitu isteri kepada seorang daripada mangsa kebakaran tersebut yang dikenali sebagai Habi, berkata semasa kejadian, dia tidak berada di rumah kerana bekerja syif malam, di sebuah kilang di Bakar Arang di sini.

“Habis waktu bekerja dalam 7 pagi macam itu, baru saya tengok telefon bimbit.

Saya tengok banyak mesej dan panggilan masuk.

Sebab telefon kena simpan dalam lokar, balik kerja baru saya ambil,” katanya. Dalam kejadian kebakaran kira-kira 4 pagi itu, lima orang terkorban terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita manakala seorang lelaki melecur 70 peratus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIH: Salah seorang anggota keluarga mangsa terkejut setelah mengetahui ada ahli keluarga mereka rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat Sungai Petani, semalam.
— Gambar Bernama SEDIH: Salah seorang anggota keluarga mangsa terkejut setelah mengetahui ada ahli keluarga mereka rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia