Utusan Borneo (Sarawak)

Yang di-Pertuan Agong dimasyhurk­an sebagai Canselor UPNM

-

KUALA LUMPUR: Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam dimasyhurk­an sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersempena istiadat konvokesye­n kelapan universiti itu di sini, semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh membaca watikah pelantikan itu dalam istiadat berkenaan dan cokmar UPNM berasaskan pedang Zulfakar dipersemba­hkan di hadapan Seri Paduka oleh Naib Canselor UPNM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Hadir sama Pro Canselor UPNM Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim.

Seri Paduka kemudianny­a berkenan mengurniak­an anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Pengajian Strategi dan Hubungan Antarabang­sa kepada Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Latif Ahmad.

Sumbangan terbesar Abdul Latif dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah dalam peristiwa misi menyelamat askar-askar Amerika Syarikat oleh 113 anggota Batalion Malaysia I di bawah penugasan Operasi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu di Somalia II (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Okt 1993.

Jawatan terakhir Abdul Latif sebelum bersara pada 8 Mac 1997 ialah Panglima Briged Pertama Infantri.

Sementara itu ketika bertitah, Seri Paduka mengingatk­an warga UPNM akan tanggungja­wab bersama dalam menentukan masa hadapan dan memahat sejarah gemilang universiti berkenaan.

“Legasi kegemilang­an UPNM perlu diperkukuh­kan dan dipertahan­kan, institusi ini perlu terus kekal relevan seiring masa,” titah baginda.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniak­an Ijazah Tinggi (Doktor Falsafah dan Sarjana) dan Ijazah Sarjana Muda kepada 116 graduan.

Pada majlis itu juga, seramai 29 pelajar cemerlang menerima anugerah khas daripada Sultan Muhammad V, antaranya Nor Syamira Mohd Firdaus dan N.Thachnatha­ren menerima Anugerah Pelajaran Diraja, Noor Fazliena Baharin (Anugerah Pingat Emas Canselor) dan Intan Noor Suhada Saari (Anugerah Pingat Emas Naib Canselor). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUH TRADISI: Sultan Muhammad V hadir pada majlis istiadat Pemasyuran Canselor dan Konvokesye­n ke-8 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Dewan Tun Templer, di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama PENUH TRADISI: Sultan Muhammad V hadir pada majlis istiadat Pemasyuran Canselor dan Konvokesye­n ke-8 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Dewan Tun Templer, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia