Utusan Borneo (Sarawak)

Putera Charles, Camilla lawat empat tempat ibadat

Lawatan sulung pasangan diraja ke Pulau Pinang yang dahulu dikenali sebagai ‘Prince of Wales Island’

-

GEORGE TOWN: Putera Charles, Prince of Wales dan isteri, Camilla, Duchess of Cornwall, memulakan lawatan sulung ke Pulau Pinang dengan melawat tempattemp­at ibadat di George Town, kawasan tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pasangan diraja itu dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Prince of Wales Island’, dengan persinggah­an pertama di gereja St George, gereja England tertua di Asia Tenggara yang dibina pada 1818.

Sebaik tiba di gereja itu pada kira-kira jam 10.05 pagi, rombongan diraja itu disambut paderi Charles Samuel sebelum pasangan diraja itu meluangkan masa 20 minit melihat alat muzik organ baharu gereja di situ yang telah diisytihar­kan sebagai warisan negara pada 2007.

Putera Charles dan Camilla juga dipersemba­hkan dengan lukisan minyak bersempena sambutan ulang tahun ke-200 gereja itu sebelum pasangan diraja itu meneruskan program mereka dengan berkunjung ke Masjid Kapitan Keling yang terletak kira-kira 1 kilometer dari situ.

Masjid yang dibina oleh masyarakat pedagang India Muslim pertama Pulau Pinang pada 1801 dan terletak di persimpang­an Lebuh Buckingham dan Lebuh Pitt, merupakan satu daripada masjid terbesar di negeri ini yang dibina mengikut ciri binaan Indo-Moor.

Sebelum itu, beratus-ratus orang dari pelbagai lapisan masyarakat memegang bendera Malaysia dan United Kingdom, berkumpul di sepanjang jalan di bawah kawalan ketat untuk mendapatka­n sekilas pandang pasangan diraja itu dan ada yang bernasib baik dapat bersalaman.

Di masjid itu, pasangan diraja itu disambut kumpulan kompang, alat muzik tradisiona­l Melayu, sebelum mereka disambut pengerusi masjid, Datuk Meera Mydin Mastan yang kemudian mengiringi pasangan diraja itu menyertai acara penanaman pokok bagi memperinga­ti kunjungan mereka di sini.

Selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit di masjid itu, Putera Charles dan Camilla kemudian menandatan­gani buku tetamu sebelum berjalan kaki ke Tokong Pusaka Han Jiang yang terletak kira- kira 100 meter dari situ.

Tokong itu yang sebelum ini dikenali sebagai Teochew Kongsi terletak di Lebuh Chulia telah dibina pada 1890 oleh pendatang Teochew dari wilayah Ghaozhou, di bahagian timur laut Guangdong di China.

Kedua-dua pasangan diraja itu meluangkan masa kirakira 15 minit menyaksika­n persembaha­n tarian singa, tarian kebudayaan tradisiona­l masyarakat Cina di kuil itu sebelum melawat Kuil Sri Mahamariam­man di Lebuh Queen.

Pasangan diraja itu dengan diiringi menteri pengiring, Datuk Seri S. K. Devamany, yang juga timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, melawat kuil itu.

Kuil itu adalah kuil tertua di George Town yang dibina pada 1833 dan diubah suai pada 1933.

Pasangan diraja itu kemudian berkunjung ke Seven Terraces, barisan teras rumah-rumah teres InggerisCi­na yang terletak di bahagian belakang tokong Goddess of Mercy di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini.

Lawatan Putera Charles dan Camilla ke Malaysia adalah sebahagian daripada lawatan 11 hari pasangan diraja itu ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt sehingga 9 Nov. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUNJUNGAN DIRAJA: Putera Charles dan Camilla pada lawatan ke Masjid Kapitan Keling di Jalan Buckingham, George Toen semalam.
— Gambar Bernama KUNJUNGAN DIRAJA: Putera Charles dan Camilla pada lawatan ke Masjid Kapitan Keling di Jalan Buckingham, George Toen semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia