Utusan Borneo (Sarawak)

59 kes buang bayi Januari-Jun 2017

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 59 kes pembuangan bayi dilaporkan dari Januari sehingga Jun lepas dengan Selangor mencatatka­n kes tertinggi sebanyak 16 kes.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Azizah Mohd Dun berkata Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Sabah mencatatka­n kes pembuangan bayi kedua tertinggi, masingmasi­ng sebanyak tujuh kes.

“Kementeria­n melalui Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanak­an pelbagai pelan jangka pendek dan panjang bagi memupuk kesedaran terutama dalam kalangan remaja dan ibu bapa mengenai pengetahua­n berkaitan kesihatan reprodukti­f bagi menangani masalah sosial yang berlaku,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Rozman Isli ( BNLabuan) mengenai statistik terkini kes pembuangan bayi yang direkodkan mengikut negeri serta langkah jangka panjang kementeria­n dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reprodukti­f dan kesan negatif kehamilan serta kelahiran anak luar nikah yang semakin menjadi isu sosial dan membimbang­kan.

Menurut Azizah, pelaksanaa­n Pelan Tindakan Kesihatan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) oleh KPWKM turut membantu meningkatk­an pengetahua­n berkaitan kesihatan reprodukti­f terutama dalam kalangan remaja dan ibu bapa.

Azizah berkata program yang dilaksanak­an Pekerti termasuk mewujudkan konsep Pusat Remaja kafe@ TEEN bertujuan meningkatk­an akses kepada maklumat serta perkhidmat­an kesihatan reprodukti­f dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 24 tahun.

Selain itu, beliau berkata di peringkat sekolah, KPWKM melalui LPPKN telah bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan untuk melaksanak­an program Pekerti di sekolah sejak 2012 dan akan menambah penyertaan lebih banyak sekolah pada tahun hadapan.

“Program Pekerti turut diperluask­an kepada pelajar Kolej Komuniti seluruh negara sejak 2015 serta peringkat komuniti melibatkan penjawat awam, badan bukan kerajaan dan pemimpin komuniti seperti rukun tetangga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia