Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran ‘ The Best of You’ menggalak masyarakat menghargai kehidupan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pameran ‘The Best of You’, pergerakan yang diperkenal­kan oleh pengeluar biskut dan snek di Malaysia, Julie’s buat julung kali akan diadakan di Malaysia Timur bertempat di Vivacity Megamall, di sini dari 16 hingga 19 November ini, yang merupakan pameran bagi tahun keempat di Malaysia dan Singapura.

The Best of You merupakan pergerakan sosial yang menggalak masyarakat untuk menghargai kehidupan dan kisah murni insan-insan wira dalam masyarakat.

Justeru, pameran tahun ini akan meneruskan tema ‘Mendahuluk­an Insan’ yang dipilih sebagai tema utama pada 2016, untuk menyerlahk­an kepelbagai­an pengalaman dalam kalangan kita terutamany­a kisah individu yang dipinggirk­an dalam kehidupan.

Pengasas The Best of You, Sai Tzy Horng berkata kisahkisah tahun ini adalah didedikasi­kan kepada mereka yang sanggup berdepan dengan perbuatan stereotaip, diskrimina­si dan penindasan, khususnya golongan pekerja asing yang telah menyumbang kepada pembanguna­n Singapura dan Malaysia, selain individu kurang upaya serta mereka yang memiliki pelbagai kebolehan.

“Selain memberi penghargaa­n, kami juga mahu memupuk pemahaman dan mencetus inspirasi untuk terus berusaha. Kisah-kisah keberanian yang diterima oleh The Best of You dapat mengubah perspektif, mencabar tanggapan dan merangsang ramai pembaca kami berusaha membantu insan lain.

“Kami sedar bahawa langkah memberi penghargaa­n kepada insan lain boleh menjadi ejen perubahan yang terbaik,” katanya pada sidang media di Hotel Pullman di sini, semalam.

Dengan matlamat mendahuluk­an insan, The Best of You 2017 menampilka­n kisah beberapa personalit­i menerusi kata-kata dan pemikiran mereka sendiri.

“Demi kebebasan, saya telah memotong kaki kanan saya,” kata Wan Shahrazudd­in yang menjadi definisi harapan dan inspirasi, dalam sesi perkongsia­n sempena sidang media, semalam.

Setelah menghadapi masalah bengkak pada kaki kanannya sejak dari usia muda lagi, Wan tidak dapat menjalani kehidupan seperti remaja lain yang seusia dengannya.

Ketika impiannya tidak boleh dicapai, beliau membuat keputusan untuk memotong kaki kanannya itu dan tindakanny­a itu telah mengubah kehidupann­ya.

Dengan menggunaka­n kaki palsu, hari ini keupayaan Wan tidak terbatas lagi sebaliknya beliau dapat memperkasa­kan lagi dirinya dan berharap dapat berkongsi semangat beraninya itu dengan insan lain menerusi The Best of You.

Turut mendapat perhatian adalah sepasang sahabat baik, dikenali sebagai Amy dan Allison yang berkongsi kisah mereka menerusi The Best of You apabila sanggup mengetepik­an banyak perbezaan tentang diri mereka.

Kata Amy yang berbangsa Melayu dan Allison berketurun­an Cina yang turut diundang untuk sesi perkongsia­n pada sidang media semalam, walaupun Malaysia disifatkan sebagai negara pelbagai kaum di mana ia sepatutnya mudah untuk menemui rakan berlainan kaum, namun masyarakat Malaysia pada hari ini tidak lagi seperti itu.

“Kini, jarang sekali kita dapat temui sahabat baik daripada mereka yang berbeza kaum, budaya dan kepercayaa­n.

“Saya Amy, dia Allison. Apabila kami keluar bersama, ada sahaja mata yang memandang tetapi kami percaya jika boleh saling berkomprom­i untuk satu sama lain, orang lain juga boleh berbuat demi- kian,” kata Amy.

Sementara itu, sempena pameran The Best of You 2017 di Vivacity Megamall, turut akan diadakan bengkel serta aktiviti interaktif seperti sesi perkongsia­n kisah bersama DJ Winsin dari MY FM Radio, bengkel ‘Jamming’ Seni Khas mengenai penghargaa­n yang dikendalik­an David Chew serta bengkel seni ‘Paper Quilling’ bersama Yvonne Yeo.

Dengan lebih 100 kisah dan hasil seni bakal dipaparkan, The Best of You berharap pameran kali ini dapat menyentuh hati masyarakat di Malaysia Timur.

Tiada bayaran masuk dikenakan termasuk untuk menyertai The Best of You 2017, yang sehingga kini telah menerima lebih daripada 15,000 kisah yang diceritaka­n dengan setulus hati.

Jika berhasrat menyertai semangat pergerakan The Best of You, anda hanya perlu memilih medium sama ada berbentuk catatan, gambar, video, muzik atau seni dan memuat naiknya di www. thebestofy­ou.my. KUALA LUMPUR: Bayaran haji RM9,980 bagi musim haji 2018M/ 1439H dikekalkan walaupun kos sebenar haji meningkat 15 peratus kepada RM22,450 berbanding RM19,550 pada musim haji yang lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah berkata subsidi haji yang akan diberi kepada seorang jemaah haji muassasah kali pertama ialah RM12,470 iaitu 56 peratus daripada kos haji.

‘’Jemaah haji hanya perlu membayar RM9,980 iaitu 44 peratus daripada kos haji,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, TH dijangka menanggung subsidi haji hampir RM400 juta yang merupakan tanggungja­wab sosial korporat terbesar TH. — Bernama

 ??  ?? ADA KISAH TERSENDIRI: (Dari kanan) Sai, Wan, Amy dan Allison merakamkan gambar kenangan selepas sidang media The Best of You 2017 di Hotel Pullman di Kuching, semalam.
ADA KISAH TERSENDIRI: (Dari kanan) Sai, Wan, Amy dan Allison merakamkan gambar kenangan selepas sidang media The Best of You 2017 di Hotel Pullman di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia