Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir: 27,260 anggota bomba sedia digerakkan

-

KUALA LUMPUR: Seramai 27,260 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM), Pasukan Bomba Bantuan dan Pasukan Bomba Sukarela di seluruh negara bersedia untuk digerakkan dalam operasi menyelamat ketika banjir.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata semua JBPM di peringkat negeri juga telah diminta untuk mengaktifk­an bilik gerakan banjir masing-masing mulai 1 Nov, dan mereka perlu mengemas kini maklumat banjir dua kali setiap hari di kawasan yang dilanda banjir.

“JBPM telah bersedia 100 peratus dengan kekuatan keanggotaa­n, kenderaan atau jentera dan aset logistik merangkumi penyediaan kenderaan marin, kenderaan darat dan pesawat udara yang boleh digerakkan pada bilabila masa.

“Pasukan Penyelamat­an Di Air (PPDA) atau Unit SCUBA juga telah bersedia dengan kekuatan anggota seramai 554 orang di seluruh negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat, di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang ingin tahu tahap kesiapsiag­aan JBPM dalam menghadapi cabaran risiko banjir pada musim tengkujuh yang sedang melanda beberapa negeri dan tindakan serta usaha menyelamat yang telah dilaksanak­an.

Noh berkata JBPM negeri juga diminta memastikan semua peralatan dan kenderaan menyelamat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan, selain mengenal pasti lebih awal kawasan berisiko banjir, tanah runtuh dan lokasi pusat penempatan mangsa banjir.

Selain itu, JBPM Negeri juga perlu membuat tinjauan dan merangka strategi bagi membolehka­n kerja- kerja menyelamat dapat dilaksanak­an dengan lancar dan berkesan.

Mengenai peranan masyarakat dalam menghadapi banjir, Noh berkata persediaan perlu dilakukan di tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir dan masyarakat perlu mendengar arahan yang diberikan oleh anggota pasukan penyelamat.

Beliau berkata pihak berkuasa di negeri-negeri juga perlu tegas dalam mengambil tindakan bagi memastikan setiap projek pembanguna­n yang dilaksanak­an di negeri masingmasi­ng tidak menyebabka­n berlakunya bencana seperti tanah runtuh dan banjir.

Noh berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai projek pembanguna­n yang boleh menjadi faktor penyebab banjir dan bencana alam lain. — Bernama

Ibrahim Man Mangsa banjir

Kesemua mereka terpaksa meninggalk­an rumah, harta benda dan ada yang hanya tinggal sehelai sepinggang apabila terpaksa berpindah pada awal pagi Ahad lepas setelah kediaman mereka ditenggela­mi air.

Pada saat-saat begini, apa yang diperlukan ialah barangbara­ng keperluan dan pastinya bantuan daripada pelbagai pihak sedikit sebanyak dapat meringanka­n kesusahan dan kesedihan mereka.

Rata- rata mereka menzahirka­n rasa terharu dan bersyukur atas keprihatin­an pelbagai pihak yang menghulurk­an bantuan baik dari segi makanan, pakaian dan perubatan bagi meringanka­n beban mereka.

Mat Sapak Man, 60, amat bersyukur dengan bantuan dari pelbagai pihak terdiri daripada kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan sukarela yang sentiasa menghulur bantuan tanpa mengira latar belakang politik mahupun agama.

“Bantuan dari segi makanan tidak putus-putus kami terima...kami amat bersyukur,” katanya yang kini berlindung di pusat penempatan banjir di Dewan Muhibah, Sungai Dua yang kini menempatka­n 292 mangsa banjir.

Mat Sapak turut menyatakan bahawa kejadian bencana itu juga sedikit sebanyak telah memberi keinsafan kepada mereka sekeluarga.

“Dulu (sebelum banjir) kehidupan ok, ada kipas, tempat selesa...tapi kini kita akan lebih rasa bersyukur dengan apa yang ada seperti yang disediakan oleh pihak yang membantu,” katanya.

Ibrahim Man, 47, pula menyifatka­n bantuan yang dihulur badan kerajaan mahupun swasta begitu efisien.

“Ada hikmah di sebalik semua (bencana) ini. Kami reda,” katanya.

Berada di bawah satu bumbung dan mengalami kesusahan yang sama turut meningkatk­an jalinan ukhuwah sesama mangsa banjir.

Azmizan Ahmad, 42, antara mangsa terlibat tidak lokek menghulur bantuan untuk menjadi tukang masak bagi menyediaka­n juadah sarapan pagi, tengah hari, petang dan malam.

“Dalam keadaan kami yang sedang bersedih atas bencana yang menimpa ini, saya dapati mangsa-mangsa yang ada di dewan penempatan banjir di sini amat proaktif dalam membantu menyediaka­n makanan,” katanya.

Selain itu, kebanyakan pusat pemindahan banjir turut disediakan dengan kemudahan perubatan untuk mereka yang memerlukan dan bagi memastikan kesihatan penduduk yang dipindahka­n tidak terjejas dengan kejadian itu.

Dr Muhammad Firdaus Abdul Rahim, seorang doktor sukarelawa­n yang menawarkan khidmat di pusat pemindahan itu, berkata mereka sentiasa bersedia untuk memberi bantuan rawatan kepada mangsa yang memerlukan terutamany­a golongan warga emas yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang kehabisan atau kehilangan bekalan ubat semasa banjir.

“Selain memberi fokus kepada warga emas, kami juga ada membuat pemeriksaa­n rutin kepada mangsa yang terdedah kepada cirit-birit, muntah dan kudis,” kata Dr Muhammad yang turut dibantu tujuh doktor sukarelawa­n lain.

Beliau berkata sekiranya ada yang memerlukan perhatian rawatan yang khusus, pihaknya akan merujuk mereka ke Hospital Seberang Jaya atau Hospital Kepala Batas.

“Yang penting jaga kebersihan diri di samping kerap membasuh tangan kerana keadaan sekarang penuh (dengan orang ramai) selain sering berkongsi tandas boleh mendedahka­n mereka kepada pelbagai penyakit,” katanya.

Tinjauan Bernama di Dewan Besar Sungai Dua di sini mendapati pasukan keselamata­n seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut memberi bantuan kaunseling kepada mangsa banjir yang mengalami tekanan emosi ekoran musibah yang menimpa keluarga dan harta benda mereka.

Hampir keseluruha­n kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggela­mi air di antara 0.2 meter dan satu meter, berikutan angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangk­an puluhan pokok.

Banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini juga menyebabka­n lebih 6,000 orang dipindahka­n ke pusatpusat pemindahan banjir di kelima-lima daerah di negeri ini serta mengorbank­an tujuh nyawa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia