Utusan Borneo (Sarawak)

43 mangsa terkandas di Bukit Bendera diselamatk­an

-

GEORGE TOWN: Seramai 43 mangsa terdiri daripada pelancong dan pekerja di puncak Bukit Bendera yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya dibawa turun dengan selamat semalam.

Seramai 31 daripada 43 mangsa itu diselamatk­an melalui laluan udara menggunaka­n helikopter oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang manakala selebihnya turun menggunaka­n laluan darat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata semua mangsa yang diselamatk­an adalah wanita termasuk warga emas dan sembilan kanak-kanak, mereka dibawa mendarat di padang Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU), di Jalan Padang Tembak, di sini pada jam 2.38 petang.

“Operasi menyelamat yang bermula pukul 10 pagi itu dibantu pelbagai agensi seperti polis, bomba, Agkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan kerjasama Perbadanan Bukit Bendera.

“Kami terpaksa menggunaka­n khidmat helikopter bomba Pulau Pinang dalam menyelamat­kan mangsa berikutan laluan di sepanjang Bukit Bendera berisiko akibat tanah runtuh dan pokok tumbang,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, seramai 12 lagi mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita menggunaka­n jalan darat dan selamat turun di kaki Bukit Bendera pada jam 4.30 petang.

Anuar berkata mangsa yang diselamatk­an terdiri daripada 36 anggota sebuah kelab senaman manakala selebihnya adalah pekerja yang tinggal di puncak Bukit Bendera.

“Sejumlah 36 mangsa itu naik ke Bukit Bendera untuk melakukan upacara sembahyang Sabtu lepas, sebelum mereka terkandas akibat tren kereta api yang rosak selepas hujan lebat dan angin kuat. Mereka meminta bantuan kami untuk diselamatk­an.

“Mereka tinggal di sebuah hotel di atas puncak bukit itu manakala tujuh lagi mangsa iaitu terdiri daripada dua ke- luarga yang bekerja di situ menumpang di Balai Polis Bukit Bendera selepas rumah mereka terputus bekalan elektrik dan makanan,” katanya.

Beliau berkata operasi menyelamat mangsa pada awalnya mengalami kesukaran akibat keadaan di sepanjang laluan darat Bukit Bendera yang berisiko tinggi selain kerja-kerja pembersiha­n yang belum selesai dilakukan dan akan melambatka­n proses menyelamat.

“Semua mangsa yang berjaya diselamatk­an tidak mengalami sebarang kecederaan dan bekalan makanan juga mencukupi kerana sebuah hotel di puncak bukit itu membekalka­n makanan kepada mereka,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SELAMAT: Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangk­ap di Bukit Bendera sejak Sabtu, berikutan tanah runtuh, menggunaka­n helikopter jabatan itu di Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) di George Town semalam.
SELAMAT: Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangk­ap di Bukit Bendera sejak Sabtu, berikutan tanah runtuh, menggunaka­n helikopter jabatan itu di Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) di George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia