Utusan Borneo (Sarawak)

The Hammers umum pemecatan Bilic

Moyes dijangka menjadi pilihan untuk menggantik­an tempat pengurus dari Croatia itu

-

LONDON, England: West Ham United memecat pengurusny­a, Slaven Bilic Isnin lepas ekoran beberapa keputusan buruk yang menyebabka­n kelab berada dalam zon penyingkir­an Liga Perdana Inggeris, dengan David Moyes menjadi pilihan untuk menggantik­an tempatnya.

Kelab mengumumka­n pemecatan pengurus dari Croatia, yang dilantik sebagai jurulatih pada Jun 2015 berikutan kekalahan teruk 1-4 kepada Liverpool di Stadium London Sabtu lepas, menyebabka­n mereka berada di tangga ke-19 liga dan berdepan dengan saingan mengelak penyingkir­an liga musim ini.

Bilic, yang pernah bermain untuk West Ham U n i t e d , adalah pengurus keempat yang dipecat dalam L i g a

Kenyataan West Ham United

Perdana selepas Frank de Boer ( Crystal Palace), Craig Shakespear­e (Leicester City) dan Ronald Koeman ( E v e r - ton). “W e s t Ham United boleh mengesahka­n di mana Slaven Bilic telah meninggalk­an kelab hari ini,” kata West Ham dalam satu keny a t - aan. Pengurusan kelab “percaya satu perubahan adalah perlu sekarang dalam usaha untuk membawa kelab ke had a p a n dengan l e b i h p o s i - tif dan s e l a r i dengan cita- cita mereka”, t a m b a h kenyataan. West Ham berkata satu pengumuman mengenai pengurus baharu akan dibuat dalam beberapa hari akan datang, dengan bekas pengurus Everton dan Manchester United, Moyes, dijangka akan mengisi tempat. Bercakap kepada wartawan ketika meninggalk­an pusat latihan kelab, Bilic berkata: “Saya menjangkak­annya. Tiada rasa terkilan. Saya boleh berasa sangat bangga dengan kerja saya di sini. “Kami tidak bermula dengan baik musim ini. Seperti banyak kelab di seluruh Eropah, pengurus adalah orang yang menerima kesan. Ia satu langkah yang sangat logik. Penyokong memberikan sokongan kepada saya dari awal sehingga ke akhirnya.” Dua pengerusi bersama kelab, David Gold dan David Sullivan, berkata, keputusan untuk memecat Bilic telah dibuat dengan “berat hati”.

Mereka memuji Bilic kerana penglibata­n beliau ketika kelab berpindah dari Upton Park ke Stadium London ( bekas Stadium Olimpik), terutama sekali kemenangan ke atas Manchester United pada perlawanan terakhir di Upton Park pada musim 2015/2016, yang membantu kelab menamatkan musim pertama beliau sebagai jurulatih di tangga ketujuh.

“Pada musim panas, lembaga pengarah berbelanja besar mendapatka­n pemain yang Slaven percaya boleh membantu skuad untuk meningkatk­an lagi prestasi pasukan dari musim pertama beliau dan kami percaya kami mempunyai pemain yang berupaya melakukann­ya,” kata mereka.

“Malangnya, prestasi dan keputusan tidak seperti yang dijangkaka­n dan dalam beberapa minggu yang lalu, kami tidak melihat cukup bukti peningkata­n memberangs­angkan yang telah menggalakk­an kami di mana keadaan harus berubah (pemecatan).

“Kami melihat ia satu peluang yang baik untuk melantik seorang pengurus baharu dengan idea yang baharu dan pengalaman untuk membimbing skuad berbakat,” tambah mereka.

West Ham hanya menang dua dari 11 perlawanan liga setakat ini, menyebabka­n mereka hanya di hadapan Swansea City dan Crystal Palace.

Satu-satu perkara positif dari beberapa minggu hambar ialah kemenangan ke atas Tottenham Hotspur di Wembley, di mana mereka bangkit dari ketinggala­n 0-2 untuk menang 3-2.

Pada musim pertama beliau, Bilic membimbing West Ham ke tangga ketujuh dan musim lepas, mereka berada di tangga ke-11.

Penolong Bilic, Nikola Jurcevic, Edin Terzic, Julian Dicks dan Miljenko Rak, juga meninggalk­an kelab berkuatkua­sa serta- merta. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIPECAT: Bilic (bawah) jelas kecewa selepas Crystal Palace menjaringk­an gol kedua pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London pada 28 Oktober lepas.
— Gambar Reuters DIPECAT: Bilic (bawah) jelas kecewa selepas Crystal Palace menjaringk­an gol kedua pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London pada 28 Oktober lepas.
 ??  ?? MOYES
MOYES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia