Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah teknikal Chelsea letak jawatan

-

LONDON, England: Pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenalo – orang penting kepada pemilik kelab, Roman Abramovich – meletak jawatan, menurut juara Liga Perdana Inggeris itu Isnin lepas.

Emenalo bertindak sebagai orang tengah di antara skuad senior dan lembaga pengarah kelab, mempunyai satu pengaruh dalam perpindaha­n pemain, termasuk strategi pinjaman pemain yang dikritik teruk oleh ramai pihak dan juga terlibat dalam pembanguna­n pemain akademi kelab.

Bekas pemain antarabang­sa Nigeria, yang menyertai Chelsea pada 2007 dan menjadi pengarah teknikal sejak 2011, sudah dikaitkan dengan satu jawatan di kelab Monaco.

“Kelab Bola Sepak Chelsea mengumumka­n hari ini di mana pengarah teknikal, Michael Emenalo, membuat keputusan untuk meletak jawatan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Michael tiba di Chelsea pada 2007 dan dalam tempoh 10 tahun di Stamford Bridge, beliau telah menyumbang kepada satu tempoh kejayaan yang belum pernah berlaku dalam skuad senior dan akademi kelab.”

Emenalo berkata ia adalah keputusan yang sukar, sambil menambah: “Saya mempunyai penghormat­an untuk bekerja bersama-sama dengan beberapa orang yang sangat berbakat dalam dunia sukan dalam tempoh lebih 10 tahun dan saya akan pergi dengan rasa bangga dengan pencapaian yang kami lakukan.

“Saya mengharapk­an segala kejayaan Chelsea dan tidak sabar untuk mengikuti perkembang­an kejayaan kelab di masa hadapan dari jauh.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia