Utusan Borneo (Sarawak)

Kane, Winks tidak dapat beraksi bersama England

-

LONDON, England: Penyerang kelab Tottenham Hotspur, Harry Kane, menarik diri dari skuad England untuk perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang Jerman dan Brazil kerana kecederaan lutut.

Rakan sekelab beliau, Harry Winks, juga tidak dapat beraksi kerana kecederaan buku lali, menyebabka­n tiga pemain dari kelab Spurs menarik diri selepas Dele Alli.

Kane dan Winks, yang mencuri perhatian dengan aksi cemerlang bersama Spurs musim ini dan membuat penampilan senior pertama bersama England bulan lepas, mengalami kecederaan ketika menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino b e r k a t a Winks, y a n g dikeluarka­n pada masa rehat ketika menentang Palace, terseliuh buku lalinya. Kane menerima rawatan di bahagian lutut dalam separuh masa pertama dan dikeluarka­n pada minit ke-77 sebagai “perlindung­an” menurut Pochettino. Jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate memanggil Jake Livermore walaupun kelab pemain itu, West Brom, belum menang dalam 10 perlawanan terakhir. Southgate, yang membimbing England ke Piala Dunia 2018 pada cabaran pertama beliau selepas menggantik­an Sam Allardyce tahun lepas, juga memp u n y a i

masalah kecederaan melibatkan pemain pertahanan, Gary Cahill dan pemain ten- gah, Jordan Henderson.

Henderson mengalami kecederaan paha ketika kelab- nya, Liverpool, menewaskan West Ham United 4-1 Sabtu lepas. — AFP

 ??  ?? DESCHAMPS
DESCHAMPS
 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Winks (kiri) berdepan tentangan sengit daripada pemain Real Madrid, Casemiro ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Wembley, London pada 1 November lepas.
— Gambar AFP CEDERA: Winks (kiri) berdepan tentangan sengit daripada pemain Real Madrid, Casemiro ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Wembley, London pada 1 November lepas.
 ??  ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia