Utusan Borneo (Sarawak)

Pirlo tamatkan kerjaya gemilang sebagai pemain profesiona­l

-

ROM, Itali: Bintang legenda bola sepak Itali, Andrea Pirlo, menamatkan kerjaya gemilang sebagai pemain di mana beliau memenangi Piala Dunia 2006, dua kejuaraan Liga Juara-Juara dan enam kejuaraan Serie A Itali Isnin lepas.

Bekas pemain Juventus, Inter Milan dan AC Milan berusia 38 tahun itu, membuat penampilan terakhir pada lewat perlawanan bersama kelab semasanya, New York City ketika menentang Columbus Crew, pada hari beliau mengumumka­n persaraann­ya sebagai pemain profesiona­l.

“Bukan hanya pengembara­an saya di NY berakhir, tetapi perjalanan saya sebagai pemain bola sepak juga berakhir,” kata Pirlo menerusi akaun peribadi laman sosial Twitter.

“Kerana itulah kenapa saya mahu mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada keluarga dan anak- anak saya di atas sokongan dan kasih sayang yang sentiasa mereka berikan, setiap pasukan yang saya sertai, setiap rakan sepasukan yang bermain bersama-sama dengan saya, semua orang yang menjadikan kerjaya saya cukup hebat dan terakhir sekali, semua penyokong di seluruh dunia yang sentiasa menunjukka­n sokongan mereka.

“Anda sentiasa dalam hati dan ingatan saya.”

Pirlo ke Amerika Syarikat (AS) pada akhir musim 2014/2015 selepas memenangi satu lagi kejuaraan Serie A bersama Juventus – enam keseluruha­nnya untuk beliau – termasuk dua kali bersama AC Milan.

Beliau sudah mengumumka­n di mana musim ini adalah musim terakhir beliau sebagai pemain tetapi pasukannya tewas pada perlawanan terakhir playoff Liga Bola Sepak Utama (MLS) menentang Columbus Crew.

Pirlo, yang memulakan kerjaya bermain di Brescia, juga bermain untuk Inter Milan dan Reggina sebelum menyertai AC Milan, di mana beliau memenangi dua kejuaraan Serie A dan dua trofi Liga Juara-Juara pada 2003 dan 2007.

Dikenali sebagai pakar tendangan percuma, beliau digelar ‘ arkitek’ kerana kemahiran bola sepak dan gaya permainan tenang dan menarik.

Pada 2011, ketika tamat kontrak, beliau menyertai Juventus, satu perpindaha­n yang digelar oleh penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon sebagai “perpindaha­n terbaik abad ini”.

Di Juventus, Pirlo terus menyerlah walaupun meningkat usia dan memenangi empat lagi kejuaraan Serie A Itali dan satu trofi Piala Itali.

Perlawanan terakhir beliau di Eropah ialah ketika Juventus tewas di final Liga Juara-Juara kepada Barcelona pada 2015.

Beliau bermain 116 kali untuk Itali, menjaringk­an 13 gol dan sepanjang 13 tahun kerjaya sehingga 2015, Pirlo bermain dua tahun terakhir bersama kelab New York City FC. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia