Utusan Borneo (Sarawak)

Evra seharusnya tahu akibat dari perbuatann­ya: Deschamps

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps meramalkan Patrice Evra akan menerima kesan yang teruk kerana menendang seorang penyokong kelabnya, Marseille minggu lepas dan berkata bekas kapten skuad kebangsaan England itu seharusnya tahu akibat dari perbuatann­ya.

“Saya tidak mengutuk atau menghakimi beliau,” kata Deschamps, yang pernah membimbing Evra semasa di Monaco dan juga ketika membimbing Perancis.

“Patrice amat menyedari akibat dari perbuatan seperti ini.

“Ia sesuatu yang tidak boleh anda lakukan dan beliau menyedarin­ya,” kata Deschamps ketika merujuk kepada tindakan Evra menendang penyokong kelabnya sendiri ketika sesi memanas badan untuk perlawanan Liga Europa menentang Vi- toria Guimaraes di Portugal minggu lepas.

“Keputusan lain dari UEFA (badan induk bola sepak Eropah) dan kelabnya akan menyusul,” kata Deschamps.

Pemain berusia 36 tahun itu digantung oleh Marseille Jumaat lepas setelah menerima kad merah kerana serangan itu.

Penyokong Marseille meluahkan perasaan mereka kepada Evra semasa perlawanan di Stadium Velodrome pada perlawanan ketika mereka menang 5-1 ke atas Caen dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Selain sepanduk mahu Evra meninggalk­an kelab, penyokong juga bersorak mengecam pemain itu semasa perlawanan.

Seorang pereka baju Perancis mengeluark­an kemeja T dengan tulisan bahasa Perancis ‘ Un petit Par pour l’homme – Un grand Pat vers la retraite’ Satu langkah kecil untuk seorang, satu langkah besar ke arah persaraan.

Jauh berbeza dengan kerjaya gemilang beliau di Manchester United, di Perancis, beliau mempunyai reputasi yang tercemar sejak satu m o g o k pemain s e - masa Piala Dunia 2010 di A f r i k a S e l a t a n ketika beliau menjadi kapten pasukan, d e n g a n Perancis tersingkir di pusingan pertama selaku juara bertahan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia