Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pemimpin KFA bersedia melepaskan jawatan mereka

-

ALOR SETAR: Tiga pemimpin Persatuan Bola Sepak Kedah ( KFA) sedia melepaskan jawatan masingmasi­ng sekiranya mendapat persetujua­n Presidenny­a Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bagi memberi peluang kepada ‘orang bukan politik’ menerajui persatuan itu.

Setiausaha Kehormat KFA merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra, Datuk Aminuddin Omar berkata beliau bersetuju den- gan saranan Pemuda UMNO Kedah supaya individu memegang jawatan politik dalam persatuan itu meletak jawatan kerana menganggap ia satu cadangan positif.

“Saya melihat ia demi kebaikan bola sepak Kedah dan menjaga nama baik pemimpin politik yang sering dipersalah­kan apabila timbul sesuatu masalah seperti isu tiket final baru-baru ini... demi mengambil kira kemahuan penyokong setia Hijau Kuning, saya sedia meletak jawatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah, mempertimb­angkan kemungkina­n untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA serta merta.

Ini berdasarka­n tindakan segelintir penyokong Kedah sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia yang mengejek Ahmad Bashah dan ia diang- gap sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima, biadab dan memalukan.

Pada masa sama, Pemuda UMNO negeri itu turut mencadangk­an agar semua pemimpin politik UMNO di dalam KFA turut mengambil tindakan serupa.

Sementara itu, turut bersedia berbuat demikian ialah dua Naib Presiden KFA Datuk Badrol Hisham Hashim dan Datuk Othman Aziz.

Badrol Hisham yang juga Adun Kuala Nerang berkata sekiranya beliau melepaskan jawatan dan tidak lagi memegang apa- apa jawatan dalam persatuan itu, namun sokongan terhadap pasukan Hijau Kuning tetap membara dan berterusan.

“Sekiranya keputusan itu dimuktamad­kan, saya bersedia melepaskan jawatan... ada baiknya ahli politik tidak memegang jawatan dalam persatuan bola sepak supaya mereka dapat menumpukan tugasan lain seperti berkhid- mat kepada masyarakat,” katanya.

Namun, Badrol Hisham kecewa terhadap sikap biadap pihak terbabit yang memperleke­h Presiden KFA dengan ejekan “boo” di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang JDT, Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata ejekan seperti itu tidak wajar dilakukan penyokong kerana sudah banyak jasa dilakukan Ahmad Bashah selaku Presiden KFA demi membangunk­an sukan bola sepak negeri ini.

“Hanya kerana dipengaruh­i sentimen individu tertentu mereka hilang kewarasan... jangan hanya kerana benci seseorang kita lupa jasa beliau terhadap pembanguna­n bola sepak Kedah selama ini. Saya bersedia meletak jawatan selaku Naib Presiden KFA sekiranya saranan Pemuda UMNO Kedah itu dipersetuj­ui,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia