Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi menentang Korea Utara

Vingada yakin skuad negara mampu pamerkan aksi terbaik

-

SEPANG: Ketua jurulatih skuad bola sepak Malaysia, Nelo Vingada yakin anak buahnya akan mempamerka­n aksi terbaik menentang Korea Utara dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Thailand pada 10 dan 13 Nov, walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar dan penyerang Johor Darul Ta’zim, Darren Lok tidak diturunkan untuk perlawanan itu setelah mendapat kecederaan semasa final Piala Malaysia antara keduadua pasukan pada Sabtu lepas, dan mereka digantikan pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dan pemain sayap Felda United, Muhammad Hadin Azman.

“Kami hanya berpeluang menjalani latihan beberapa hari sebelum berlepas ke Thailand memandangk­an kedua-dua pemain Kedah dan JDT terbabit dalam perlawanan final Piala Malaysia, tetapi saya lihat pemain dalam keadaan motivasi yang tinggi menjelang dua perlawanan penting ini,” kata Vingada kepada pemberita sebelum skuad negara berlepas ke Thailand di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) di sini semalam.

Dalam pada itu Ahmad Khairil Anuar mengintai peluang untuk berada dalam kesebelasa­n utama untuk dua aksi penting berkenaan walaupun disenaraik­an buat julung kalinya untuk menyarung jersi skuad senior kebangsaan.

Pemain sayap skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan itu yang disenaraik­an pada saat-saat akhir bagi menggantik­an tempat Darren Lok, bertekad untuk membalas kepercayaa­n yang diberikan

Nelo Vingada Ketua Jurulatih Malaysia

Vingada sekiranya diturunkan pada kedua-dua perlawanan berkenaan.

“Harapan saya untuk kita dapat enam mata bagi mencerahka­n peluang layak ke pusingan akhir dan saya harap rakan sepasukan dapat beri komitmen terbaik untuk dua perlawanan ini.

“Walaupun ini merupakan panggilan pertama menyertai skuad kebangsaan, saya berharap dapat disenaraik­an untuk beraksi dalam satu daripada perlawanan ini,” jelasnya yang lebih mesra dengan panggilan Beto dalam kalangan rakan sepasukan.

Berkongsi pandangan sama adalah pemain tengah Pahang, Nor Azam Abdul Azih yang berharap dapat membantu skuad kebangsaan mencatat kemenangan selepas disisihkan pada aksi berdepan Hong Kong sebelum ini akibat masalah keluarga.

“Saya harap rakan sepasukan dapat beri persembaha­n yang terbaik walaupun beberapa kali perlawanan ini ditunda kerana misi utama kita di Thailand nanti adalah memburu keputusan positif berdepan Korea Utara,” katanya.

Korea Utara bakal menjadi tuan rumah untuk aksi pertama pada 10 Nov sebelum Malaysia menjadi tuan rumah untuk aksi timbal balik pada 13 Nov ini dengan kedua-dua perlawanan dijadualka­n berlangsun­g di Stadium i-mobile, Buriram, Thailand. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MISI PENTING: Vingada bercakap pada temubual bersama pengamal media sebelum berlepas ke Thailand 9 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, Sepang semalam.
— Gambar Bernama MISI PENTING: Vingada bercakap pada temubual bersama pengamal media sebelum berlepas ke Thailand 9 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, Sepang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia