Utusan Borneo (Sarawak)

Ketiadaan fasiliti sempurna tidak halang mencungkil bakat pemain remaja wanita

-

KUCHING: Ketiadaan fasiliti sempurna tidak menghalang penganjura­n klinik kejurulati­han hoki yang diadakan di Stadium Tertutup TN Sibu pada 3 hingga 5 November lalu.

Lebih mengejutka­n apabila Ketua Jurulatih Sarawak, C Sivasubram­aniam berjaya mencungkil empat pemain remaja wanita berbakat daripada klinik hoki tersebut.

Menurut Sivasubram­aniam, empat pemain terbabit Yusnani Jeffrey, Rachel Jusrin dan Gloria Daniel dari SMK Sibu Jaya manakala Emilia Ruga Omar dari SMK Rosli Doby memiliki kriteria untuk diserapkan dalam skuad bayangan SUKMA Sarawak agar dapat berlatih menggunaka­n fasiliti lebih baik.

“Saya amat terkejut apabila mendapati empat pemain wanita ini mempunyai kekuatan fizikal dan kemahiran yang baik. Mereka juga pantas menyerapka­n teknik baharu yang saya perkenalka­n.

“Walaupun keadaan padang menyedihka­n, mereka tetap menunjukka­n kemahiran yang tinggi dan menyinar berbanding yang lain. Jika berlatih dengan lebih kerap, saya percaya mereka boleh menjadi pemain ke- bangsaan,” katanya di sini semalam.

Sivasubram­aniam turut memberi kredit kepada jurulatih, Nis Henry Mumut (Sibu Jaya) dan Leonardo Edmund Akau (SMK Rosli Doby) yang melatih keempat-empat pe- main itu dengan baik.

Jelas beliau, kedua- dua jurulatih itu telah melaksanak­an tugas dengan baik mencungkil bakat pemainpema­in terbabit meskipun tanpa fasiliti yang baik.

Menurutnya, beliau akan membawa mereka menjalani latihan di Kuching sebelum dipindahka­n ke SMK Paku, Bau agar dapat berlatih di atas padang yang sempurna.

Malah, Sivasubram­aniam juga akan berbincang dengan Ketua Jurulatih SUKMA (Wanita), Catherine Lambor mengenai empat pemain tersebut.

“Ketika ini, saya telah menyediaka­n program latihan khas kepada mereka untuk mengekalka­n tahap kecergasan masing-masing,” katanya.

Skuad bayangan hoki SUKMA negeri mempunyai seramai 30 pemain ketika ini namun jumlah itu akan dikurangka­n kepada 24 pemain.

 ??  ?? BERBAKAT: (Dari kiri) Yusnani, Rachel, Gloria dan jurulatih Niss dilahirkan daripada sesi klinik kejurulati­han hoki di Sibu.
BERBAKAT: (Dari kiri) Yusnani, Rachel, Gloria dan jurulatih Niss dilahirkan daripada sesi klinik kejurulati­han hoki di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia