Utusan Borneo (Sarawak)

Rezeki ketika musim banjir

-

BANJIR yang melanda hampir keseluruha­n negeri Pulau Pinang sejak Sabtu lepas adalah musibah kepada penduduk di kawasan terlibat, tetapi bagi pekerja trak tunda, ia adalah rezeki apabila banyak kenderaan yang rosak akibat dimasuki air.

Kharil Ezairy Rosli, 31, pekerja di sebuah syarikat pengendali trak tunda di Bagan Ajam berkata musibah banjir kali ini memberi kesan positif kepada punca pendapatan mereka yang bergantung kepada jumlah bilangan kenderaan yang ditunda dalam masa sehari.

“Bukan bermaksud kita mendoakan musibah, tetapi di sebalik bencana ini ada golongan yang dapat meraih mata pecarian bagi menyara hidup keluarga,” katanya.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu berkata apabila musim banjir, jumlah purata kenderaan yang dibawa dari lokasi kenderaan itu tersadai ke bengkel dalam sehari ialah antara 10 hingga 15 kereta.

“Kalau hari biasa (bukan musim tengkujuh) kami mampu tarik empat hingga lima buah kenderaan sehari. Saya percaya rezeki ada di mana-mana tak kira situasi,” katanya.

Selain itu, Khairil Ezairy turut berpesan kepada pemilik-pemilik kenderaan supaya membawa kenderaan ke bengkel berdekatan dengan segera untuk dibaik pulih sekiranya dimasuki air.

“Bagi kenderaan yang belum dimasuki air, pemilik boleh menutup lubang ekzos dengan plastik dan mencabut wayar penyambung bateri. Hal ini dapat mengelakka­n kenderaan bertambah rosak.

“Jika tidak, ia akan memakan modal yang besar apabila melibatkan kos baik pulih. Yang penting jangan hidupkan enjin (jika dimasuki air) sebaliknya bawa ke bengkel untuk dibaiki,” katanya. — Bernama HOSPITAL Betong bekerjasam­a dengan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menganjurk­an menguji kecekapan warga Hospital Betong menangani pesakit apabila berlakunya kebakaran.

Pegawai Operasi, PBK I Henry Jugah mengetuai pihaknya berbincang dan mengadakan taklimat berhubung penganjura­n bersama Hospital Betong di hospital tersebut.

“Kita melihat ada keperluan mengadakan program itu memandangk­an masa ini ada sahaja musibah berlaku.

“Meskipun pernah menganjurk­an program sama beberapa tahun lalu tetapi merupakan langkah perlu diketahui setiap warga hospital panduan dan arahan kepada pesakit semasa berlaku kejadian seperti kebakaran,” katanya di Betong, baru-baru ini.

Menurut beliau, seramai 38 kakitangan Hospital Betong turut serta dalam taklimat itu.

Turut hadir Pengarah Hospital Betong Dr Tan Jung Khang serta pegawai kanan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia