Utusan Borneo (Sarawak)

Amalkan integriti tanpa kompromi

Integriti akan memastikan perkhidmat­an cemerlang kepada rakyat

-

KOTA KINABALU: Kakitangan Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dinasihat supaya mengamalka­n integriti tinggi tanpa kompromi untuk menyampaik­an perkhidmat­an cemerlang kepada rakyat.

Menterinya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, amalan itu penting memandangk­an kementeria­n telah diperuntuk­kan bajet perbekalan dan pembanguna­n yang terbesar pada 2017 iaitu sejumlah RM1.212 bilion.

“Bagi peruntukan perbekalan, kementeria­n ini telah menerima sebanyak RM676,968,350. Daripada jumlah itu, RM5,986,640 diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur.

“Jabatan Kerja Raya menerima sejumlah RM198,731,360, Jabatan Air Negeri Sabah RM424,374,670, Jabatan Keretapi Negeri Sabah RM30,204,080 dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah RM17,671,600,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan jabatan serta agensi di bawahnya, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, bagi pe- runtukan pembanguna­n pula, sejumlah RM535,594,130 telah diperuntuk­kan masing-masing daripada pinjaman persekutua­n sebanyak RM281,570,000 dan kumpulan wang negeri Sabah berjumlah RM254,024,130.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata kementeria­n itu memerlukan pegawai dan kakitangan yang cekap, berdisipli­n serta mempunyai integriti yang tinggi.

“Amalan itu diperlukan bagi memastikan projek serta perkhidmat­an yang dibiayai melalui peruntukan dapat dilaksanak­an dengan cepat, tepat, berkesan dan sampai kepada khalayak sasaran iaitu rakyat.

“Saya selalu tekankan pentingnya para kakitangan kita mencapai dan mempertaha­nkan petunjuk prestasi utama agar sentiasa mencapai tahap 90 peratus ke atas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pence- gahan Rasuah Negeri Sabah Hasbilah Mohamad Salleh berkata, SPRM sentiasa berhadapan cabaran daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan operasi dijalankan.

“Kehadiran anda semua pada majlis ini membuktika­n bahawa SPRM tidak bersendiri­an dalam memerangi gejalah rasuah khususnya di Sabah.

“SPRM kini ke arah menjelaska­n kepada rakyat Sabah apa maksud sebenarnya rasuah dan saya berharap selepas ini tidak lagi wujud kekeliruan dalam masyarakat untuk membezakan suapan atau sebaliknya,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur Datuk Bobbey Suan dan Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Insfrastru­ktur Datuk Michael Emban serta tetamu kehormat yang lain. SANDAKAN: Ikon Negaraku, juruterban­g wanita pesawat MIG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Patricia Yap Syau Yin menggarisk­an empat perkara yang menjadi kunci dan motivasiny­a untuk mencapai kejayaan.

Patricia, 41, yang berasal dari daerah ini berkata empat kunci itu ialah disiplin, bekerja dalam kumpulan, kepimpinan dan keazaman yang tinggi.

“Selaku ikon Negaraku saya berbangga kerana dipilih untuk berkongsi kunci kejayaan dan menyuntik inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan muda,” katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.

Ahad, Patricia menjadi tetamu jemputan pada Siri Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di sini yang dihadiri kira-kira 1,000 pelajar, golongan muda dan orang awam dari daerah ini, Beluran, Kinabatang­an, Kunak, Lahad Datu dan Semporna.

Beliau mengingatk­an golongan muda agar jangan sesekali berputus asa dalam mengejar impian, cita-cita dan kejayaan masing masing selain daripada memperjuan­gkan kebolehan dan kelebihan yang dimiliki semaksimum mungkin.

Dalam pada itu, Patricia berkata dalam tempoh dua tahun tidak balik ke Sandakan dan hari ini dia melihat banyak perubahan khususnya dari segi pembanguna­n.

Katanya apa yang beliau banggakan ialah sifat ramah mesra masyarakat Sandakan terus kekal tanpa mengira umur bangsa dan agama.

Beliau berkata kampung halamannya ini sentiasa dekat di hati dan mahu melihat daerah ini terus maju ke hadapan dari segi pembanguna­n dan kejayaan pendudukny­a.

Patricia bertugas selama 20 tahun dalam TUDM dan berpengala­man sebagai juruterban­g pesawat pejuang selama lima tahun dari 2003 hingga 2007 sebelum ditugaskan sebagai jurulatih pesawat pelatih Pilatus PC-7 MKII di Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah.

Pada September lepas, ibu kepada dua anak itu mendapat pengiktira­fan kerajaan negeri Sabah apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah. — Bernama

 ??  ?? TERGANTUNG: Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian.
TERGANTUNG: Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian.
 ??  ?? BEBAS RASUAH: Pairin (berdiri, tengah), Bobbey (berdiri, kiri) dan Ghulam (berdiri, kanan) menyaksika­n majlis menandatan­gani IBR, turut kelihatan Hasbilah (duduk, tengah).
BEBAS RASUAH: Pairin (berdiri, tengah), Bobbey (berdiri, kiri) dan Ghulam (berdiri, kanan) menyaksika­n majlis menandatan­gani IBR, turut kelihatan Hasbilah (duduk, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia