Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol anak buah: Penoreh getah dipenjara 70 tahun, 24 sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang penoreh getah yang disabitkan dengan tiga kesalahan merogol anak buahnya, dikenakan penjara 70 tahun dan 24 sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap tertuduh yang berusia 53 tahun, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun di samping tidak kurang daripada 10 kali sebatan.

Keputusan terbabit dilakukan selepas mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan di luar munasabah.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun pada waktu kejadian, pada 24 April 2008 di rumah sebuah kampung, dalam daerah Beaufort.

Pada 15 Ogos dan 6 Oktober tahun lalu di tempat sama, tertuduh melakukan kesalahan sama apabila merogol mangsa yang berusia 20 tahun.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh dikenakan penjara 20 tahun dan 10 sebat, manakala kedua dan ketiga penjara 25 tahun di samping masing-masing 10 dan empat sebatan.

Azreena memerintah­kan tertuduh menjalani ketigatiga hukuman berkenaan serentak, semuanya 25 tahun penjara dan 24 sebat.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai penyakit diabetes dan darah tinggi, di samping perlu menanggung keluarga.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim berkata, mangsa berada dalam jagaan tertuduh ketika masih bayi, namun sejak berusia 12 tahun mangsa dirogol tertuduh seh- ingga berusia 20 tahun.

“Mangsa diugut setiap kali dirogol tertuduh. Sumbang mahram sering berlaku dalam masyarakat. Kepentinga­n awam menuntut hukuman berat dikenakan terhadap pesalah.

“Walaupun tertuduh berusia 50 tahun ke atas, tetapi mengikut peruntukan Seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah tertuduh boleh dikenakan sebat,” katanya.

Mahkamah juga mengarahka­n tertuduh membayar pampasan sebanyak RM10,000 kepada mangsa, jika gagal penjara selama enam bulan dikenakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia