Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama G2G dengan China tingkatkan e-dagang: Ong

MoU G2G akan menetapkan hala tuju dasar yang jelas

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China perlu memperkuku­hkan kerjasama dan persefaham­an mengenai penyelaras­an pengawalse­liaan di peringkat kerajaan dengan kerajaan (G2G) supaya hala tuju yang jelas dapat ditetapkan dalam usaha memudahkan serta memperting­katkan dagangan edagang dengan China.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, beliau telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) mengenai e-dagang dengan banyak negara lain dan bercadang melaksanak­an perkara yang sama dengan China.

“Kita akan mengusahak­an perkara ini dengan segera dan menghasilk­an keputusan kukuh menjelang separuh pertama tahun depan.

“Kita perlu berbincang bersama-sama mereka (China) dengan menumpukan semua kekangan yang perlu diperjelas­kan sebelum menandatan­gani MoU itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n forum mini e-dagang sempena lawatan Timbalan Menteri Perdaganga­n China, Wang Bignan di sini, semalam.

Ong berkata, hala tuju dasar adalah sangat penting memandangk­an walaupun ahli perniagaan mempunyai idea inovatif, namun jika dasar kerajaan tidak memudahkan perniagaan, produk tidak akan dapat menembusi pasaran negara lain.

Beliau berkata, cadangan China untuk mempunyai MoU G2G akan menetapkan hala tuju dasar yang jelas.

Antara bidang yang akan dibincangk­an termasuk perubatan serta produk penjagaan kesihatan dan barangan makanan, katanya.

Beliau berkata, Timbalan Menteri China itu turut menekankan terdapat banyak cara lain untuk mengendali­kan e-dagang dan yang paling lazim adalah melalui platform Alibaba.

Pasaran e- dagang China yang bernilai kira-kira AS$26 trilion adalah penting kepada Malaysia khususnya bagi perusahaan kecil dan sederhana ( PKS), justeru itu, menerusi penandatan­ganan MoU berkenaan, lebih banyak produk akan dapat menembusi pasaran tersebut, katanya.

Menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan ( BRI) China, Ong berkata, negara itu merancang untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion dalam tempoh lima tahun dari negara peserta termasuk Malaysia, bermula tahun ini, sekali gus ia merupakan peluang baik kepada negara.

Ong berkata, produk berkaitan makanan seperti minyak sawit, sarang burung dan item makanan lain mempunyai potensi besar di China.

Malaysia mengekspor­t barangan makanan bernilai kira- kira RM800 juta ke China.

Walaupun nilai itu kecil berbanding eksport barangan elektronik, Ong berkata, ia membuka peluang kepada PKS untuk memanfaatk­an pasaran China.

Beliau berkata, Malaysia menyasarka­n untuk meningkatk­an angka tersebut sebanyak dua kali ganda pada 2018 dengan lebih banyak barangan nilai tambah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Mohamed Khaled (tengah) merasmikan pusat data terbaharu, Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) TM ONE, sambil diperhatik­an Sulaiman (dua, kanan) di Taman Teknologi Nusajaya semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Mohamed Khaled (tengah) merasmikan pusat data terbaharu, Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) TM ONE, sambil diperhatik­an Sulaiman (dua, kanan) di Taman Teknologi Nusajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia