Utusan Borneo (Sarawak)

TM lancar Pusat Data Iskandar Puteri TM One bernilai RM200j

-

ISKANDAR PUTERI: Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam melancarka­n pusat data neutral tercanggih negara, Pusat Data Iskandar Puteri TM One yang menelan kos pelaburan kira-kira RM200 juta di Taman Teknologi Nusajaya, di sini, semalam.

Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata pusat itu yang menempatka­n gerbang antarabang­sa TM berfungsi sebagai hab serantau untuk menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terurus serta perkhidmat­an awan melalui pasaran digital.

Beliau berkata TM mewujudkan pusat itu sebagai memenuhi keperluan pengehosan, awan dan internet dalam kalangan pelanggan perniagaan, perusahaan dan agensi-agensi kerajaan yang ingin merealisas­ikan transforma­si digital mereka.

“Pusat data ini telah bersedia untuk memenuhi piawaian tertinggi industri iaitu memastikan penjimatan tenaga dan ciri keselamata­n serta spesifikas­i sambungan paling maju untuk memenuhi keperluan perusahaan yang inginkan tahap kebolehper­cayaan yang tinggi, khususnya institusii­nstitusi kewangan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pusat itu yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sulaiman berkata, penubuhan pusat itu juga merupakan usaha berterusan TM dalam membantu merealisas­ikan aspirasi negara untuk menjadi hab digital dan Internet Untuk Segalanya (IoT) yang bertaraf dunia di rantau ini, dipacu oleh TM One - satu daripada unit rumusan perniagaan sektor perusahaan dan awam Kumpulan TM.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Bazlan Osman dalam sidang media kemudianny­a berkata pusat itu merupakan antara dua prasarana utama yang dirancang TM dalam memenuhi jangkaan pertumbuha­n pesat permintaan, didorong oleh teknologi data dan pengehosan.

Menurutnya, satu lagi prasarana yang juga berbentuk pusat data sedang dibangunka­n di MSC Cyberjaya dan dijangka siap pada Jun tahun depan.

Terdahulu, Mohamed Khaled menyifatka­n pusat itu mampu menjadi titik rujukan kepada pelabur dan para pemain industri global bagi menjadikan Iskandar Malaysia sebagai lokasi utama dalam aspek penyimpana­n data yang selamat dan stabil.

Pada masa yang sama, katanya, ia juga akan memangkin pertumbuha­n pusat-pusat data agar bergerak seiring terutamany­a ketika Johor turut menawarkan kos pengoperas­ian perniagaan yang amat kompetitif berbanding negara-negara jiran seperti Singapura dan negara Asia lain.

“Saya percaya selain menarik minat pemain global, pusat data ini juga akan dapat merangsang pembanguna­n kluster syarikat perkhidmat­an pengkomput­eran awan tempatan dan ini akan memberikan kesan domino kepada keupayaan menarik para pelabur asing untuk melabur di negara kita, sekali gus turut membawa Johor ke arah ‘Intelligen­t Johor’ iaitu sebuah kerajaan dan masyarakat yang dibangun dan dimakmurka­n melalui kepintaran, kreativiti, inovasi dan teknologi digital,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia