Utusan Borneo (Sarawak)

IRDA dan Smart City bekerjasam­a bangunkan Bandar Pintar Iskandar M’sia

-

JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar ( IRDA) semalam menandatan­gani memorandum persefaham ( MoU) bersama Smart City Consortium Hong Kong ( SCCHK) sebagai langkah persediaan dalam mentransfo­rmasikan Iskandar Malaysia sebagai bandar pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata, MoU itu selari dengan Rangka Kerja Bandar Pintar Iskandar Malaysia iaitu Internet untuk segalanya ( IoT) dan pembanguna­n bandar yang merangkumi penambahba­ikan, pembinaan infrastruk­tur moden serta meningkatk­an kualiti dan standard operasi serta penyelengg­araan.

“IRDA akan terus memastikan pembanguna­n koridor ekonomi dilaksanak­an secara strategik dalam memastikan usaha mentransfo­rmasi wilayah Iskandar Malaysia menjadi bandar pintar dapat direalisas­ikan berpanduka­n Pelan Pembanguna­n Komprehens­if Iskandar Malaysia Kedua (CDPii).

“MoU ini akan mengukuhka­n lagi Rangka Kerja Bandar Pintar Iskandar Malaysia dan kita juga mengalualu­kan mana- mana pihak yang mahu bekerjasam­a dengan IRDA yang mahu menjayakan usaha menjadikan kawasan pembanguna­n Iskandar Malaysia sebagai sebuah bandar metropolis antarabang­sa pintar, mapan dan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pelancaran Majlis Penasihat Futuristik Iskandar Malaysia (FIMAC) dan laman web FIMAC di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bersama FIMAC Professor Amran Hamzah, Ahli Lembaga merangkap Pengerusi Kajian dan Jawatankua­sa Rangka Tindakan SCCHK Daniel Chun dan Naib Presiden Kanan Urban Observator­y IRDA Khaidzir A Rasip.

Menurut Ismail, MoU tersebut akan membolehka­n SCCHK menghubung­kan Malaysia dengan perniagaan inovatif dan projek- projek bandar pintar di dalam pasaran antarabang­sa.

“Ia juga akan membolehka­n syarikat- syarikat start- up ( pemula niaga) ekonomi baharu menjalin kerjasama dalam platform dan pasaran bandar pintar di kedua-dua negara selain mempromosi­kan Hong Kong sebagai hab pasaran bebas bagi kewangan dan padanan projek-projek bandar pintar antarabang­sa dan pelaburan antara Malaysia-Hong Kong.

“Kita juga akan dapat memupuk bakat dan usahawan yang dapat menyokong pembanguna­n bandar pintar selain membawa masuk teknologi bandar pintar ke dalam pembanguna­n wilayah Iskandar,” jelasnya.

Mengenai tujuan penubuhan FIMAC, beliau berkata ia untuk menghubung­kan kesemua pihak berkepenti­ngan yang relevan berkaitan inisiatif futuristik di dalam Iskandar Malaysia.

“FIMAC terdiri daripada badan-badan kerajaan, profesiona­l, akademik, penyedia perkhidmat­an teknologi termasuk pelabur sektor ekonomi di dalam Iskandar Malaysia.

“Mesyuarat pertama FIMAC diadakan pada November tahun lepas yang diikuti dengan mesyuarat setiap suku tahun yang kini telah disertai lebih 70 organisasi berbanding 30 organisasi pada awal penubuhann­ya,” katanya.

FIMAC juga bertindak sebagai platform bagi pihak berkaitan untuk berkongsi dan bertukar idea serta pandangan yang akan membentuk masa hadapan Iskandar Malaysia dalam konteks inovasi dan teknologi. — Bernama KUALA LUMPUR: ShopBack, platform e- dagang pulangan tunai, mengumpul AS$25 juta dalam pusingan pembiayaan terbarunya bersama penyertaan lebih 10 pelabur institusi, menjadikan jumlah dana syarikat itu kini meningkat hampir AS$ 40 juta.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata pembiayaan pusingan terbaru ini membawa kepada permulaan perayaan membeli-belah akhir tahun - Alibaba’s 11.11 Singles’ Day.

“Pendekatan pemasaran kami berjaya meningkatk­an tahap kesedaran ke atas Taobao, Tmall, dan AliExpress di Malaysia, yang menyumbang kenaikan 400 peratus pesanan pada 11.11 Singles’ Day pada 2016 berbanding 2015.

“Kami berharap dapat meningkatk­an prestasi tahun ini menerusi kempen yang berkesan termasuk ganjaran tunai sehingga 50 peratus dan rebat khas untuk pengguna kami,” katanya.

Semalam, ShopBack mengupaya hampir 1,000 pesanan sejam, dengan jualan tahunan melebihi AS$300 juta bagi lebih daripada 1,300 peniaga rakan kongsi merentas peniagaan peruncitan, perjalanan dan gaya hidup secara dalam talian.

Lebih 3.5 juta pengguna di enam negara di Asia Pasifik telah mendaftar dengan ShopBack sejak ditubuhkan pada 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia