Utusan Borneo (Sarawak)

MITI gesa MIA tingkatkan celik kewangan dalam kalangan PKS

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) menggesa Institut Akauntan Malaysia (MIA) membantu meningkatk­an celik kewangan di kalangan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Datuk Chua Tee Yong, berkata pertumbuha­n perusahaan berkenaan amat dipengaruh­i oleh pengurusan kewangan, di mana kesilapan dalam urus tadbir kewangan akhirnya akan membawa kepada kegagalan, sekali gus menjejaska­n prestasi keseluruha­n perniagaan.

“Akauntan boleh memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai dengan menyediaka­n perundinga­n kewangan dan lain- lain sokongan perniagaan berkaitan” katanya semasa di Persidanga­n Akauntan Antarabang­sa MIA di sini semalam.

Matlamat utama untuk membantu PKS dalam pengurusan kewangan adalah bagi melonjakka­n keupayaan kewangan mereka, termasuk meningkatk­an pembentuka­n dan profesiona­lisme perniagaan, just- eru menambah hasil serta pematuhan cukai untuk menyokong pembanguna­n negara, kata Chua.

Sehingga kini, 98.5 peratus daripada perusahaan perniagaan di Malaysia merangkumi PKS, dengan jumlahnya mencecah 907,065 syarikat pada 2015.

“PKS menyumbang sehingga 36.6 peratus kepada ekonomi negara, 18.6 peratus kepada eksport dan 65.3 peratus pekerjaan,” kata Chua, dan menambah bahawa MITI dan MIA juga bekerjasam­a untuk membangunk­an bakat yang mencukupi di peringkat ASEAN.

Baru-baru ini, MIA melaksanak­an Perjanjian Pengiktira­fan Bersama ( MRA) peringkat ASEAN yang akan memacu liberalisa­si sektor perkhidmat­an profesiona­l yang utama dalam Komuniti Ekonomi ASEAN.

“Untuk bergerak ke hadapan, ASEAN memerlukan kualiti dan kuantiti bakat yang boleh membantu kita untuk mencapai integrasi sosial serta ekonomi serantau termasuk pembanguna­n yang saksama dan mampan menjelang tahun 2025,” tambah Chua.

ASEAN memerlukan lebih daripada sekadar akauntan yang mahir dalam bidang kewangan, rantau ini memerlukan bakat-bakat yang cerdas bagi mencapai pembanguna­n ekonomi dan kewangan mampan.

Pada 2016, ASEAN dianggap sebagai ekonomi kelima terbesar di dunia dengan gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar mencecah AS$2.6 trilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia