Utusan Borneo (Sarawak)

Atlas Copco buka akademi latihan pertama di Asia Tenggara

-

SHAH ALAM: Syarikat perindustr­ian dari Sweden, Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd, kelmarin membuka secara rasmi akademi latihan bagi perkhidmat­an teknik pemampatan yang pertama di Asia Tenggara bertempat di Kota Kemuning di sini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, pembukaan akademi latihan itu merupakan langkah positif dalam memberi keyakinan kepada syarikat asing yang lain untuk meluaskan lagi aktiviti pelaburan dan operasi syarikat mereka di negara ini.

“Atlas Capco dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik sejak 1982…dengan operasi bermula daripada hanya 10 orang pada 1982, dan kini syarikat terus memanfaatk­an bakat yang ada di negara ini di mana 95 peratus daripada 150 orang kakitangan adalah warga Malaysia… ada di antara mereka berpeluang bekerja di pejabat Atlas Capco di luar negara termasuk Taiwan, Australia, China dan Belgium.

“Dengan pembukaan akademi latihan ini juga, saya percaya belia tempatan berpeluang meraih lebih banyak faedah memandangk­an syarikat akan menawarkan peluang menimba pengalaman bagi mereka yang mempunyai latar belakang kejurutera­an,” katan- ya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan akademi latihan itu di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar Atlas Capco Malaysia dan Singapura Dereck D. Devlin dan Duta Sweden ke Malaysia Dag Juhlin-Danfelt.

Akademi latihan itu dibina bertujuan untuk membangun dan meningkatk­an tahap kecekapan juruteknik syarikat tersebut.

Akademi itu mempunyai dua bilik latihan, bilik kawalan dan pemantauan serta bilik pemampatan yang dilengkapi pelbagai mesin yang berbeza untuk latihan praktikal.

Ong berkata kementeria­n juga berharap lebih banyak syarikat asing yang berop- erasi di negara ini mengikut jejak langkah Atlas Copco terutamany­a dari segi aktiviti pelaburan yang membabitka­n modal insan.

Sementara itu, Ong berkata Sweden terus menjadi antara sumber pelaburan langsung asing utama Malaysia.

“Pelaburan Sweden dalam sektor pembuatan adalah kukuh dalam jentera dan peralatan, peralatan pengangkut­an serta elektrik dan elektronik.

“Setakat Jun 2017, sebanyak 126 projek pembuatan dengan penyertaan syarikat Sweden bernilai RM2.69 bilion telah diluluskan, serta mewujudkan lebih 8,200 peluang pekerjaan untuk negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CENDERAHAT­I: Ong (tengah) menerima cenderahat­i daripada Pengurus Besar Teknik Kompressor Atlas Copco Malaysia Dan Singapura, Dereck Devlin (kanan) selepas merasmikan pembukaan Akademi Latihan Bagi Perkhidmat­an Teknik Pemampat Atlas Copco Pertama di...
— Gambar Bernama CENDERAHAT­I: Ong (tengah) menerima cenderahat­i daripada Pengurus Besar Teknik Kompressor Atlas Copco Malaysia Dan Singapura, Dereck Devlin (kanan) selepas merasmikan pembukaan Akademi Latihan Bagi Perkhidmat­an Teknik Pemampat Atlas Copco Pertama di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia