Utusan Borneo (Sarawak)

Potensi hebat untuk produk halal di Amerika Latin: Duta

Chile platform terbaik promosi produk halal di rantau itu

-

KUALA LUMPUR: Sektor kenderaan bermotor di Malaysia berada pada landasan untuk menyumbang sebanyak 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari.

Katanya, sektor ini menyumbang sebanyak 3.6 peratus atau RM40 bilion kepada nilai KDNK dalam tahun lepas.

“Industri ini mempunyai seramai 700,000 orang. Industri kenderaan bermotor di Malaysia telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai penyumbang penting kepada ekonomi dan ia dijangka menokok sebanyak 10 peratus kepada KDNK pada tahun 2020,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Malam Anugerah Kereta Terbaik Malaysia 2017 (COTY 2017) serta Malaysia Autoshow 2017 di sini kelmarin.

Lebih banyak model akan dipamerkan pada Malaysia Autoshow 2017 yang akan diadakan mulai 9 hingga 12 Nov 2017 di tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang.

Madani berkata Malaysia Autoshow 2017, yang dianjurkan secara rasmi oleh MAI, merupakan pameran kereta yang paling dinantikan di Malaysia.

“Ia akan menampilka­n pelbagai aktiviti luaran dan ruang dalaman untuk pameran kereta yang terbesar, merangkumi tiga dewan,” katanya.

Katanya, jualan kenderaan motor di Malaysia sehingga Oktober 2017 berbanding Oktober tahun lepas telah naik sebanyak 1.7 peratus dan prestasi keseluruha­n tahun akan bergantung kepada jualan pada bulan November dan Disember.

“Kami berharap Autoshow 2017 akan meningkatk­an lagi jualan bagi mencapai sasaran sebanyak 590,000 unit untuk 2017. Kami berharap untuk berbuat lebih baik daripada itu,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk Malaysia menembusi pasar halal di Amerika Latin, dengan menjadikan Chile sebagai hab, berikutan permintaan tinggi ke atas produk halal, kata Duta Besar Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya.

Berdasarka­n kestabilan ekonomi dan politik, Chile merupakan platform terbaik untuk mempromosi­kan produk halal di rantau itu, katanya.

“Kewangan Islam juga merupakan antara sistem halal yang boleh ditawarkan kepada Amerika Latin. Malaysia gembira dapat berkongsi kepakaran dalam bidang berkenaan.

“Memandangk­an halal adalah untuk semua, sudah menjadi tanggungja­wab kami sebagai umat Islam untuk menjadikan produk dan perkhidmat­an halal tersedia untuk semua manusia, sekali gus menjadikan halal sebagai perniagaan global,” katanya ketika merasmikan Ekspo Halal Latino Americana ke6 di Interconti­nental Hotel, Santiago, Chile pada Isnin.

Teks ucapannya disediakan kepada Bernama kelmarin.

Kedutaan Malaysia di Santiago bersama Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) turut mengambil bahagian pada acara itu dengan mengetenga­hkan produk Malaysia selain menyebarka­n maklumat mengenai isu halal kepada rakyat Chile supaya mereka selok-belok sebenar gaya hidup halal.

Ekspo ini dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia dengan organisasi Chile Halal dari 6 hingga 8 Nov yang menyaksika­n penyertaan lebih daripada 200 individu dan syarikat.

Mohamad Rameez berkata Malaysia memulakan industri halal globalnya pada 1974 apabila Pusat Penyelidik­an di Bahagian Hal Ehwal Islam di Pejabat Perdana Menteri mula mengeluark­an surat perakuan halal untuk produk yang memenuhi kriteria halal.

Usaha mempromosi­kan halal di peringkat antarabang­sa diteruskan dengan memperkena­lkan Pelan Induk Pembanguna­n Industri Halal 2008- 2020 yang bertujuan untuk memacu halal sebagai sumber pertumbuha­n ekonomi baharu, katanya.

Beliau berkata Pelan Induk itu dibahagika­n kepada tiga fasa, dengan fasa pertama menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam integriti halal menerusi proses pensijilan yang ditambah baik dan penubuhan Pusat Sokongan Halal Global.

Fasa kedua pula menjadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan bagi perniagaan berkaitan halal menerusi pembanguna­n pangkalan pengetahua­n global dan pengiktira­fan jenama global.

“Fasa terakhir pula melibatkan usaha untuk memperluas jejak syarikat-syarikat Malaysia dalam pasaran antarabang­sa, dan kini kami di fasa akhir,” katanya.

Beliau berkata setiap tahun Malaysia menganjurk­an Pameran Antarabang­sa Halal Malaysia (MIHAS) dan persidanga­n halal untuk mempromosi­kan halal di peringkat global,” katanya.

Mohamad Rameez berkata ekonomi halal global kini bernilai kira-kira AS$2 trilion.

“Pada 2030, jumlah penduduk Islam dijangkaka­n meningkat kepada kira-kira 27 peratus daripada penduduk dunia, yang akan memberi prospek besar ke atas industri halal,” katanya.

Laporan Ekonomi Islam Global 2015 hingga 2016 mengunjurk­an pasaran halal dan gaya hidup antarabang­sa bernilai AS$3.7 trilion menjelang 2019, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia