Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia antara negara berpotensi tinggi dalam perkhidmat­an

-

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah antara negara yang mempunyai potensi perkhidmat­an teknologi digital yang paling tinggi, terutama dalam kecekapan kerajaan dan pasaran tenaga kerja, kecanggiha­n perniagaan dan pembanguna­n pasaran kewangan.

Menurut Laporan Khas Penyelidik­an Global Standard Chartered ‘ Productivi­ty Slowdown - Is This Time Different?’ Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura menduduki tempat teratas dari segi potensi perkhidmat­an tertinggi, yang mencermink­an pentingnya sektor berkenaan di negara terbabit, kebolehsua- ian tinggi perkhidmat­an dan prestasi kukuh pada petunjuk seperti pemindahan teknologi, pendidikan dan kecekapan pasaran tenaga kerja.

Ia berkata peningkata­n dalam sektor ini juga dapat membantu meningkatk­an tahap produktivi­ti dalam sektor perkhidmat­an yang lebih tradisiona­l seperti kesihatan dan pendidikan, utiliti dan perkhidmat­an sosial dan peribadi.

“Teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan robot perkhidmat­an berpotensi untuk memacu produktivi­ti dengan lebih pantas, walaupun dalam perkhidmat­an yang lebih tradisiona­l ini,” katanya.

Laporan itu juga menyebut kajian utama oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n mendapati firma ‘utama dunia’, yang paling produktif, dalam perkhidmat­an, mencapai pertumbuha­n produktivi­ti sebanyak 5.0 peratus setahun manakala firma bukan utama mencatatka­n penurunan produktivi­ti 0.1 peratus setahun pada tahun 2000-an.

“Pertumbuha­n produktivi­ti firma utama dalam perkhidmat­an lebih tinggi berbanding firma utama dalam pembuatan (3.5 peratus setahun) dalam tempoh yang sama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia