Utusan Borneo (Sarawak)

New Delhi diselubung­i asbut teruk

Tahap PM2.5 dalam udara didapati lebih dua kali ganda had berbahaya

-

NEW DELHI: New Delhi diselubung­i asbut teruk semalam apabila kualiti udara di ibu negara paling tercemar di dunia mencapai tahap berbahaya.

Laman sesawang kedutaan Amerika Syarikat berkata, tahap pencemar halus dikenali sebagai PM2.5 yang paling memudaratk­an kepada kesihatan telah mencapai 703, jauh melebihi dua kali ganda had 300 yang dikelaskan oleh pihak berkuasa sebagai berbahaya.

“Sewaktu saya melangkah keluar dari rumah saya, saya mula batuk dan ada sensasi panas dalam mata,” kata pekerja bank Naresh Yadav ketika berjalan ke tempat kerja di tengah Delhi.

“Kerajaan tidak dapat menyelesai­kan masalah ini bersendiri­an, rakyat perlu masuk campur dan membantu kerajaan melindungi alam sekitar.”

Kualiti udara di Delhi biasanya bertambah buruk sebelum musim sejuk bermula apabila udara lebih sejuk memerangka­p pencemar yang lebih dekat dengan bumi yang menghalang­nya daripada menyurai ke dalam atmosfera, dalam fenomena yang dikenali sebagai inversi.

Mercun yang dibakar untuk meraikan perayaan cahaya Diwali di bandar raya itu menambah kepada adunan toksik yang diwujudkan oleh pencemaran enjin diesel, loji tenaga arang batu dan pengeluara­n gas perindustr­ian.

Masalah itu diburukkan lagi oleh pembakaran tunggul tanaman oleh petani selepas menuai di utara India, satu amalan yang masih biasa berlaku walaupun dilarang oleh kerajaan.

Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat India berkata, tahap kelembapan tinggi di udara dan kekurangan angin bermakna gas-gas telah terperangk­ap dalam alam sekitar.

“K e a d a a n t e n a n g sepenuhnya, ditanda oleh ketiadaan angin langsung, telah menyebabka­n situasi ini,” kata Dipankar Saha, eksekutif kanan lembaga, kepada agensi berita Press Trust of India.

“K e l e m b a p a n memerangka­p gas-gas dari sumber paras bawah.”

Hashtag #smog merupakan topik trending utama dalam Twitter awal semalam apabila penduduk yang marah menuntut langkah lebih tegas untuk mengekang pencemaran.

“Ini adalah keadaan kualiti udara pada pagi ini di Delhi-NCR! Dahsyat!” kata penduduk di sebelah gambar asbut tebal.

Tahap pencemaran luar biasa pada waktu ini tahun lepas memaksa sekolah ditutup sementara pihak berkuasa berusaha untuk mengawal krisis itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2014 mengklasif­ikasikan New Delhi sebagai ibu kota paling tercemar di dunia, dengan tahap kualiti udara yang lebih buruk berbanding Beijing.

Satu laporan dalam jurnal perubatan Lancelot pada bulan lepas menyebut pencemaran sudah meragut sebanyak 2.5 juta nyawa di India pada 2015, yang tertinggi di dunia.

Pada bulan lepas, sebuah badan pemantau alam sekitar mengarahka­n penutupan semua jentera jana kuasa diesel dan loji tenaga arang batu tunggal di bandar raya berkenaan dalam sebahagian daripada beberapa langkah untuk mengekang pencemaran yang semakin teruk di ibu negara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERCEKIK: Para pengguna jalan raya meredah asbut tebal di New Delhi, semalam dalam perjalanan ke tempat kerja.
— Gambar AFP TERCEKIK: Para pengguna jalan raya meredah asbut tebal di New Delhi, semalam dalam perjalanan ke tempat kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia