Utusan Borneo (Sarawak)

Perbalahan keluarga punca tragedi di Texas

-

SUTHERLAND SPRINGS: Perbalahan keluarga mungkin telah mencetuska­n serangan oleh seorang veteran Tentera Udara Amerika Syarikat yang membunuh 26 orang dengan raifal serangan dalam sebuah gereja bandar kecil walaupun dia dilarang membeli senapang, kata pegawai kelmarin.

Sepuluh orang masih tenat sehari selepas Devin Patrick Kelley, 26, pengawal keselamata­n persendiri­an, meluru ke dalam gereja desa Baptist itu sewaktu kebaktian pagi Ahad dan menembak kongregasi bertalu-talu.

Pentagon berkata ia akan menyiasat kenapa Tentera Udara tidak memasukkan pensabitan bagi keganasan domestik ke dalam pangkalan data yang boleh melarang Kelley daripada membeli senjata seperti raifal AR-15 dan dua pucuk pistol.

Penyiasat memberi tumpuan kepada laporan Kelley telah menghantar teks pesanan ancaman kepada ibu mentuanya, yang kerap pergi ke gereja itu tetapi tiada di sana sewaktu serangan.

Mangsa pembunuhan beramai-ramai itu termasuk seorang bayi dalam kandungan, seorang bayi berusia 18 bulan, lapan sekeluarga, dan dilaporkan nenek mentua penyerang. Seramai 20 orang cedera.

Pihak berkuasa berkata Kelley mungkin mati kerana menembak kepalanya sendiri selepas menggunaka­n keretanya untuk lari dari Gereja Baptist Pertama di Sutherland Springs, komuniti desa dengan hampir 400 penduduk dekat San Antonio.

Kelley, yang dipecat kerana menyerang isteri dan anak tirinya, berpakaian serba hitam dan memakai ves kalis peluru serta topeng hitam dengan wajah tengkorak ketika mundar-mandir dalam gereja sambil menembak orang ramai, kata pegawai.

Dua lelaki, Stephen Willeford, 55, dan Johnnie Langendorf­f, 27, dipuji kerana bersemuka dengan Kelley selepas dia menembak hampir 50 orang di gereja.

Willeford mengambil raifal AR-15 miliknya dan mencederak­an Kelley ketika bergegas keluar dari gereja ke keretanya.

Willeford kemudian menahan trak pikap yang dipandu Langendorf­f dan mereka mengejar laju Kelley.

Freeman Martin dari Jabatan Keselamata­n Awam Texas berkata, kejadian ini bukan didorong oleh perkauman atau agama.

“Terdapat masalah domestik dalam keluarga dan dengan mentuanya.

“K a m i t a h u d i a menyuaraka­n kemarahan terhadap ibu mentuanya.”

Gabenor Greg Abbott berkata, Kelley mengalami beberapa masalah kesihatan mental dipercayai lama sebelum kejadian ini berlaku.

Menurut Tentera Udara, Kelley berkhidmat di pangkalan di New Mexico bermula pada 2010 sebelum dibicaraka­n di mahkamah tentera pada 2012.

Dia dijatuhi hukuman 12 bulan dalam kurungan dan menerima pemecatan kelakuan buruk pada 2014, kata jurucakap Tentera Udara Ann Stefanek.

Kes penderaan domestikny­a tidak dimasukkan ke dalam senarai pemeriksaa­n latar belakang untuk pembelian senjata api.

Kelley berasal dari bandar New Braunfels, 50 kilometer dari Sutherland Springs.

Martin berkata Kelley menghubung­inya bapanya dari kereta sebelum terbabas dan berkata dia cedera dan percaya dirinya tidak akan terselamat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MELAMPAU: Kelley dalam foto lesen memandu serahan Jabatan Keselamata­n Texas kelmarin.
— Gambar Reuters MELAMPAU: Kelley dalam foto lesen memandu serahan Jabatan Keselamata­n Texas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia