Utusan Borneo (Sarawak)

‘Balu Hitam’ Jepun dihukum mati

-

TOKYO: Sebuah mahkamah d i J e p u n s e m a l a m menjatuhka­n hukuman mati ke atas seorang bekas jutawan wanita yang digelar ‘Balu Hitam’, yang menipu kekasih yang sudah berusia untuk meminum sianida dan mengaut jutaan dalam bayaran insurans dan warisan.

Mahkamah Daerah Kyoto menjatuhka­n hukuman mati ke atas Chisako Kakehi, 70, atas kesalahan membunuh tiga lelaki termasuk suami, dan cuba membunuh seorang lagi, untuk menamatkan kes berprofil tinggi yang menarik perhatian seluruh negara.

Kakehi menggunaka­n racun sianida untuk membunuh beberapa lelaki berusia yang menjalin hubungan dengannya, sekali gus mengundang perbanding­an dengan labah- labah yang membunuh pasanganny­a selepas mengawan.

“Tertuduh membuat mangsa minum sebatian sianida dengan niat untuk membunuh dalam keempatemp­at kes,” kata Hakim Ayako Nakagawa kepada mahkamah, menurut badan penyiaran awam NHK.

Nakagawa menolak hujah peguam bela Kakehi tidak bertanggun­gjawab dari segi jenayah kerana dia mengalami kenyanyuka­n.

Pendakwa berkata dia membunuh mangsa selepas mereka menjadikan­nya waris polisi insurans hayat yang bernilai jutaan dolar.

Dia dilaporkan mengumpul satu bilion yen (RM37.8 juta) dalam bayaran selama 10 tahun tetapi seterusnya kehilangan kebanyakan kekayaan itu dalam perniagaan kewangan yang tidak berjaya.

Dia menjalin hubungan dengan ramai lelaki, kebanyakan­nya warga emas atau sakit, mengenali sebahagian mereka menerusi agensi temu janji, di mana dia dilaporkan menyatakan teman yang berpotensi haruslah kaya dan tiada anak.

Kakehi, yang juga dikenali sebagai ‘ Wanita Racun’, dikatakan menyembuny­ikan sebahagian daripada sianida dalam pasu tumbuhan yang dia kemudian buang.

Racun itu dijumpai dalam badan sekurang-kurangnya dua lelaki yang menjalin hubungan dengannya dan polis dilaporkan menjumpai kesan sianida dalam sampah di rumahnya di Kyoto.

Mereka juga menemui kelengkapa­n untuk memberi ubat selain buku perubatan di sebuah pangsapuri yang dia simpan di selatan Kyoto.

Kakehi mulanya enggan bercakap ketika perbicaraa­nnya bermula Jun lalu tetapi kemudian mengejutka­n m a h k a m a h a p a b i l a mengakui membunuh suami keempatnya pada 2013.

“Saya membunuhny­a kerana dia memberi wanita lain puluhan juta yen tetapi saya tidak menerima sesen pun,” katanya kepada mahkamah, menurut Jiji Press.

Tertuduh terdahulu memberitah­u hakim dia bersedia untuk dihukum gantung.

“Jika pun saya dihukum esok, saya akan mati dengan senyuman,” kata Kakehi kepada hakim.

Namun peguamnya dilaporkan merancang untuk mengemukak­an rayuan, sekali gus membayangk­an perbicaraa­n berprofil tinggi tersebut mungkin akan berlarutan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HUKUMAN MATI: Gambar fail 13 Mac, 2014 menunjukka­n Kakehi tiba di Mahkamah Daerah Kyoto.
— Gambar AFP HUKUMAN MATI: Gambar fail 13 Mac, 2014 menunjukka­n Kakehi tiba di Mahkamah Daerah Kyoto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia