Utusan Borneo (Sarawak)

Cuai, Presiden Tanzania pecat dua pegawai

-

DAR ES SALAAM: Presiden Tanzania John Magufuli memecat dua pegawai kanan lewat kelmarin selepas mereka tidak dapat mengingati serta- merta jumlah wang yang diperuntuk­kan oleh kerajaan di daerah mereka masing-masing untuk projek pembinaan jalan awam.

Magufuli, yang dipanggil ‘ Jentolak’ kerana projek infrastruk­tur yang beliau laksanakan dan gaya kepimpinan­nya, melancarka­n kempen pembaharua­nnya selepas beliau dipilih pada hujung 2015, dengan janji untuk mengubah ekonomi yang dihambat oleh kerenah birokrasi serta rasuah dan menjalanka­n program pembinaan yang besar.

Beliau sudah memecat ribuan penjawat awam sejak dua tahun lalu dalam tindakan ke atas rasuah dan ketidakcek­apan dalam kerajaan.

Satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh pejabat presiden menyebut pengarah Majlis Perbandara­n Bukoba yang dipecat, Erasto Aron Mfugale, dan pengarah Majlis Perbandara­n Luar Bandar Bukoba, Mwantum Kitwana Dau, akan ditugaskan untuk menjalanka­n kerja lain.

Pejabat presiden tidak menjelaska­n sebab bagi pemecatan itu.

Bagaimanap­un, dua pengarah perbandara­n itu dipecat hanya beberapa jam selepas presiden memanggil mereka pada perhimpuna­n awam dan menuntut mereka mengumumka­n jumlah sebenar yang diperuntuk­kan kerajaan untuk pembinaan jalan di daerah mereka.

“Anda tidak boleh bercakap dengan saya seperti itu,” kata Magufuli ketika melancarka­n sebuah lapangan terbang baharu di bandar tepi tasik Bukoba, yang disiarkan secara langsung oleh televisyen. Dau memberitah­u presiden bahawa beliau menyelia banyak jabatan dan oleh yang demikian tidak dapat segera mengingati bajet sebenar yang diperuntuk­kan bagi projek jalan.

Dua pegawai yang dipecat itu tidak dapat dihubungi segera bagi mendapatka­n kenyataan.

Magufuli, yang berkhidmat sebagai menteri kerja raya selama hampir 20 tahun sebelum beliau menjadi presiden, dikenali ramai kerana mempunyai data di hujung jarinya, dan kerap mengeluark­an angka kewangan dan jarak sebenar jalan hingga ke titik perpuluhan tanpa merujuk kepada nota.

Beliau sudah membersihk­an lebih 20,000 “pekerja hantu” daripada perkhidmat­an awam dan memecat 12,000 pekerja kerajaan kerana memalsukan transkrip akademik mereka.

“S a y a a k a n t e r u s memperbetu­lkan segelintir orang yang telah menjarah negara ini untuk memastikan majoriti populasi dapat meraih faedah,” katanya.

Magufuli menerima pujian penderma Barat kerana membantera­s rasuah dan kegagalan membayar cukai.

Pengkritik pula menuduh pentadbira­nnya semakin autokratik, tetapi presiden itu menyatakan kerajaanny­a menghormat­i demokrasi. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia