Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan raya Nicaragua berakhir dengan lima kematian

-

MANAGUA: Sekurangku­rangnya lima orang maut dan 11 lagi cedera dalam keganasan sewaktu dan selepas pilihan raya perbandara­n pada hujung minggu lepas di Nicaragua yang menyaksika­n parti Presiden Daniel Ortega mencapai kemenangan, kata beberapa pemimpin parti dan media tempatan kelmarin.

Dua orang mati di komuniti terpencil Sandy Bay Sirpi, di pantai Caribbean Nicaragua. Kedua- dua mereka merupakan anggota parti peribumi Yatama, kata ketua kumpulan itu, George Henriquez, kepada AFP.

Seorang anggota Parti Perlembaga­an Liberal yang berhaluan kanan mati selepas kepalanya terkena tembakan ketika dia berkhidmat sebagai pegawai pilihan raya di bandar utara Wiwili, kata seorang jurucakap parti, Jorge Irias, kepada media.

Dua lagi mangsa yang maut adalah anggota Parti Rakyat untuk Kebebasan, di bandar utara Yali, kata ketua parti.

Panorama Electoral, sebuah kumpulan pemerhati pilihan raya yang beroperasi tanpa kelulusan rasmi, berkata ia telah mencatatka­n empat kematian. Ia turut berkata 11 orang cedera selepas terkena tembakan di beberapa kawasan, dan seorang wanita mengandung hilang di bandar San Miguelito.

Ketua Majlis Pilihan Raya Tertinggi, Roberto Rivas, bercakap mengenai “situasi yang agak sukar di Yali” tetapi tidak menyebut tentang sebarang kematian.

Beliau menyeru kepada masyarakat untuk “sentiasa tenang” dan polis untuk menyiasat.

Polis Nicaragua tidak membuat sebarang kenyataan awam segera mengenai keganasan yang dilaporkan.

Majlis pilihan raya kelmarin mengumumka­n Barisan Pembebasan Nasional Sandinista (FSLN) pimpinan Ortega sebagai pemenang pilihan raya tempatan dengan 68 peratus undi sah yang dibuat.

Parti Perlembaga­an Liberal berada jauh di belakang dengan 16 peratus.

Ortega, seorang bekas gerila Marxis, sudah menjadi presiden sejak 2007. Dalam pemilihann­ya semula yang mudah bagi penggal ketiga berturut-turut setahun lalu, beliau melantik isterinya, Rosario Murillo, untuk menjadi naib presidenny­a.

Pengkritik mendakwa beliau semakin autokratik dan meletakkan Murillo pada kedudukan untuk menggantik­annya, tetapi rakyat amnya berpuas hati dengan pemerintah­annya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia