Utusan Borneo (Sarawak)

Taja Awlaki, AS penjara lelaki India

-

WASHINGTON: Seorang lelaki India yang datang ke Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutka­n pelajaran dijatuhkan hukuman kelmarin penjara lebih 27 tahun kerana menaja Al- Qaeda dan merancang pembunuhan hakim persekutua­n.

Yahya Farooq Mohammad, 39, antara empat lelaki termasuk abangnya yang ditangkap pada September 2015 dan didakwa menghantar AS$ 22,000 kepada ulama kelahiran AS Anwar AlAwlaki, ketua Al-Qaeda di Semenanjun­g Arab (AQAP) yang berpusat di Yaman.

Mohammad dan dua lagi suspek pergi ke Yaman pada 2009 dengan harapan untuk menyerahka­n sendiri wang itu kepada Awlaki, salah seorang pelatih paling berpengaru­h Al-Qaeda.

Mereka tidak menemuinya namun menyerahka­n wang itu melalui pihak ketiga.

Selepas ditangkap pada 2015, Mohammad turut cuba mengupah seseorang untuk membunuh hakim yang menangani kesnya, menurut Jabatan Kehakiman.

Mohammad datang ke AS untuk melanjutka­n pengajian di Universiti Negeri Ohio pada 2002 sebelum mengahwini seorang rakyat tempatan pada 2008.

S e t a h u n s e l e p a s penahanann­ya, Mohammad menawarkan kepada seorang banduan di penjara Ohio di daerah Lucas AS$15,000 untuk menculik dan membunuh Hakim Daerah AS Jack Zouhary.

B a n d u a n i t u menghubung­kan Mohammad dengan pembunuh upahan yang sebaliknya ejen FBI yang menyamar dan wang pendahulua­n AS$ 1,000 kemudian dibayar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia