Utusan Borneo (Sarawak)

Korban taufan di Vietnam lebih 60

-

DANANG: B i l a n g a n kematian dalam banjir dan hujan taufan yang menyebabka­n huru- hara di sepanjang pantai selatan tengah Vietnam sudah meningkat kepada 61, kata seorang pegawai semalam, ketika negara itu membuka pintu kepada pemimpin dunia untuk sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi AsiaPasifi­k (APEC) minggu ini.

Damrey melanda sejurus sebelum Vietnam dijadual menganjurk­an mesyuarat APEC di Danang, yang akan menghimpun­kan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Xi Jinping dari China dan Vladimir Putin dari Rusia, selain pemimpin lain.

Sementara Danang sendiri terselamat daripada kerosakan terburuk, air bah yang keruh telah menenggela­mi wilayah yang paling teruk terjejas selain Hoi An, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berdekatan dan dijadual melayan pasangan pemimpin APEC hujung minggu ini.

Semalam seorang pegawai dari jawatankua­sa pencari dan penyelamat Vietnam memberitah­u AFP, bilangan kematian sudah mencecah 61, dengan mangsa yang terkorban dalam banjir, tanah runtuh dan bot yang karam di laut.

“Kami sedang mencari lebih 20 orang lagi,” tambah pegawai itu.

Pihak berkuasa berkata sungai mengalir deras manakala takungan air hampir penuh di wilayah tengah dan selatan, dan hujan masih berlaku di beberapa kawasan.

Taufan Damrey, yang tiba di daratan Sabtu lepas, merupakan taufan terbaharu dalam siri taufan besar yang membadai kawasan pantai Vietnam yang panjang pada tahun ini.

Banjir dan tanah runtuh di wilayah utara dan tengah mengorbank­an lebih 70 bulan lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia