Utusan Borneo (Sarawak)

SEMUA PASUKAN BERSEMANGA­T BERAKSI

Menduduki dua tempat teratas kumpulan masing-masing untuk kelayakan ke suku akhir

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Hari ketiga kempen bola sepak Piala Sarawak 2017 semalam menyaksika­n semua pasukan dalam kumpulan bersemanga­t untuk menduduki dua tempat teratas kumpulan masingmasi­ng untuk kelayakan ke suku akhir.

Di Padang UiTM Mukah ( Kumpulan B), Sri Aman berjaya menundukka­n PDRM dengan jaringan tunggal 1-0 sementara Limbang mengalahka­n Kapit di Stadium Mukah dengan 2-0.

Kuching pula mendapat kemenangan kedua dengan berjaya menewaskan Bintulu dalam kumpulan sama dengan 1-0 di Padang Mesra MDDM Mukah (Kumpulan C).

Di Stadium Politeknik Mukah menyaksika­n dua perlawanan iaitu Miri menang ke atas Sarikei 3-1 (Kumpulan A) dalam permainan bermula jam 2 petang manakala jam 4 petang di padang sama Sibu mengatasi Betong dengan 2-0 (Kumpulan D).

Hari kedua kempen bola sepak Piala Sarawak 2017 (kelmarin) menyaksika­n pasukan Serian dan Miri berpesta gol.

Pasukan Serian menewaskan Betong dengan 5-0 di Stadium Mukah manakala di Stadium UiTM Mukah, Miri turut menyumbat lima gol tanpa balas menewaskan Kapit.

Di Padang Politeknik Mukah menyaksika­n Limbang menundukka­n Sarikei dengan 3-2 sementara pasukan juara bertahan, Samarahan menewaskan Sri Aman dengan 1-0 di Padang Mesra MDDM.

Pada hari pembukaan (5 November), tuan rumah Mukah kalah dengan pasukan Kuching dengan 3-0.

Hari ini (8 November), lima lagi pertarunga­n peringkat kumpulan diteruskan pada kempen Piala Sarawak 2017 ini.

Dua perlawanan diadakan di Stadium UiTM Mukah iaitu Sarikei bertemu Kapit (Kumpulan A) jam 2 petang, sementara kumpulan sama, Limbang bertemu Miri di stadium sama jam 4 petang.

Baki tiga lagi perlawanan dijadualka­n jam 4 petang, PDRM bertemu Samarahan ( Kumpulan B) di Padang Politeknik, Bintulu berdepan tuan rumah, Mukah (Kumpulkan C) di Stadium Mukah dan Sibu berhadapan Serian (Kumpukan D) di Padang Mesra MDDM Mukah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAIB JUARA: Eswandy (kiri) merakam kenangan di atas podium selepas muncul naib juara kategori 63.5kg lelaki.
NAIB JUARA: Eswandy (kiri) merakam kenangan di atas podium selepas muncul naib juara kategori 63.5kg lelaki.
 ??  ?? ASAK: Pasukan Kuching ( jersi kuning hitam) ketika menguji pertahanan pasukan Bintulu ( jersi biru merah) pada perlawanan kempen Piala Sarawak 2017 di Mukah semalam.
ASAK: Pasukan Kuching ( jersi kuning hitam) ketika menguji pertahanan pasukan Bintulu ( jersi biru merah) pada perlawanan kempen Piala Sarawak 2017 di Mukah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia